{: Setahun jagung …

Selamat Hari Jadi

Hari nih ade seseorang menyambut hari ulang tahun kelahiran ke 6. Yee haaa…6 thn dah. Dah besar tu. Kalau setakat kira pakai sempua, dia pandai dah. Kalau bab kereta Hot wheels, memang kegemaran dia. Asal ke Tesco, Jusco mesti nak beli satu. Dah bertimbun dia simpan. Memang dia minat pada kereta. Tak kiralah kereta ape, yg penting kereta tu ‘HOT’.

Semoga Ulangtahun Kelahiran ke 6 nih, dia akan terus membesar ngan sihat, matang, cerdik, nakal mcm biasa dan juga hensem…walau pun hitam sikit. Walau pun hitam dipandang manis.
Kalau nakalnya pulak, ikut angin. Kekadang merajuk kuat, kekadang sempoi aje.

Hadiah dah di beli, kek pun dah siap, cuma tinggal org yg nak potong aje.
Insyallah…malam nih dia akan terima hadiahnya dan juga meraikannya bersama kawan-kawannya. Tentu meriah dan dia pasti ketawa besar.

Selamat Hari Jadi Akmal!!!

Leave a Reply