Archive for February, 2009

:: Festival Layang-layang

Posted in + Event on February 26, 2009 by mazrulphotoblog
dsc_1235

Festival Layang-Layang Antarabangsa, Pasir Gudang, Johor 2009

Tahun nih Festival Layang-Layang Antarabangsa, Pasir Gudang, Johor di adakan pada 17hb – 22hb Febuari 2009 yang lalu. Tahun nih, malang sekali, kamera aku rosak sebelum festival ini bermula. dan nak kata tak sedih tak dapat pegi shoot, memang tipulah. Tapi ape kan daya, tahun nih jadi penonton aje.

dsc_0863

3 sekawan

Yang bagus aku perhatikan, festival ini mempromosikan wau negara kita. Macam-macam wau kita ade. Contoh wau bulan. Aku dulu pernah terlibat masa zaman sekolah rendah, berkumpulan membuat wau bulan. Nih adalah aktiviti di kampung di mana ianya di lakukan selepas menuai padi. jadi tanah sawah yg lapang tue, mereka jadikan tempat bermain wau. Wau yang kita orang buat, biasanya wau bulan. Besarnya kira-kira dekat 2 meter lebar. Keja aku masa membuat layang-layang dulu termasuk memotong ukiran kertas yang akan di tampal ke wau tersebut di samping gam ape yg patut. Buluh yang di gunakan aku tak pasti, tapi kuat lah dan tak terlalu berat. Lama jugak masa yg di ambil untuk membuatnya. Dekat seminggu jugak. Lepas siap semua, pasangkan dengungnya dan main kat sawah. Tali yg diguna, tali nylon buat ikat kambeng. Besau tue. Masa terbangkan tue, terasa besar dan berat. Setakat budak-budak memnag terangkat.

Berbalik citer pasal festival layang-layang tadi, belah malam dia orang ade program kebudayaan. yang tak baguih nya malam tue aku tengok budak-budak dok pakai benda ‘tanduk syaitan‘  yg pernah mufti johor haramkan pemakaiannya dulu. Nape diorang nih nak buat sesuatu yang tak sepatutnya. anak-anak muda berkepit sana sini. padang tue penuh ngan orang, parking berlapis, penuh ngan kereta. Masjid melaungkan azan isyak, orang berpusu-pusu pergi…bukan ke masjid, tapi ke tapak pesta termasuk aku sekali. Ape nak jadi, tu pasal Zionis senyum aje ngan orang islam. Nih lah first time aku gi tengok festival belah malam. Adeh…tak kuaa aku nak pegi lagi…orang ramai sangat..rimas aku.

dsc_1240

Sorong dan tarik bang!

Ape pun, tahniah buat penganjur. Walau tahun nih, hari terakhir di sirami oleh hujan lebat, festival ini sentiasa mendapat tempat di kalangan warga setempat dan seberang tambak. Cuma mintak tolong siapkan polis traffic bagi melancarkan sedikit pejalan kenderaan. Masing-masing nak cepat dan nak dulu. Main songsong aje. tue yg jam tue.

Ade sedikit gambar dari Festival tahun lepas. dari aku simpan dlm hard disk 3 layer, baik aku postkan kat sini sebagai kenangan. Tahun depan harap kamera aku tak rosak lagi… ;)