Archive for April, 2009

:: Bezanya…

Posted in + Komentar on April 30, 2009 by mazrulphotoblog

Tua

Pagi tadi masa aku sarapan pagi roti telur sekeping, sambil menghirup dengan bernafsu Nescafe panas, mata aku tertumpu pada tajuk Harian METRO. Kisah seorang anak warga pakistan yang bersusah payah berenang selama 12 jam untuk menyelamatkan nyawanya dan yang paling menarik, menyelamatkan mayat ibunya.

Adakah dia sedar atau tidak, yang tindakannya itu boleh menyebabkan dia jua lemas, sedangkan ibunya sudah meninggal. Sebarang usaha menyelamatkan mayat tidak akan memberi kesan ape-ape. sambil menahan panas terik, ombak dan malahan sepitan ketam, dia gigih berada bersama ibunya sehingga di selamatkan oleh kapal yang lalu.

Beza nya dengan suasana di rumah kebajikan orang tua nur ehsan. Ibu bapa di hantar ke sini kerana anak-anak tak mampu menjaga mereka. Ade yang masih sihat dan ade yang dah nyanyuk atau sakit.  Ade anak-anak yang hilang terus meninggalkan mereka tergapai-gapai di depan pintu rumah kebajikan. Mereka buang macam tue aje. Ingatmak bapak mereka lapin pakai buang ke?

Ayat Al-Quran ade menyentuh soal ibu-bapa spt di bawah,

” Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa.”

[al-Isra’ 17:23]

Lupakah meraka, sapa yg menjaga mereka dari kecil hingga dewasa. ibu bapa sorang boleh jaga anak yang ramai, namun realitinya, anak-anak belom tentu boleh jaga emak/ayah yg sorang. Cuma aku harap mereka yang pernah membuang ibu bapa mereka, akan menerima hukum yang sama  semasa mereka melakukan kepada ibu bapa terdahulu. Biar dia tahu dosa yang bakal membelenggu diri mereka.

So…marilah kita berdoa agar kita tidak tergolong dari kalangan mereka!