
Seperti yang aku tulis pada entry yang sebelumnya baru-baru nih saya ke sebuah rumah kebajikan orang tua yang terletak di jalan denai 2, kempas. Rumah yang di huni oleh hampir 40 orang tua yang pelbagai latar belakang, tentu sekali menyentuh hati mereka yang melawat.

Rumah yang di kendalikan oleh sepasang insan yang cukup prihatin, tanpa bantuan kerajaan itu di sewa sebanyak ribu lebih sebulan. Di uruskan oleh seorang jururawat hospital yang telah mengambil cuti selama setahun tanpa gaji, demi menguruskan rumah kebajikan ini.

Persoalanya…
Kenapa mereka berakhir di tempat sebegini?
Dimana anak mereka, saudara mara mereka?
Bagaimana kehidupan seharian mereka?
Nak citer banyak tak guna. Kita amik iktibar ajelah. Kita persiapkan ajelah diri kita. Soal kesihatan, soal kewangan, soal perancangan masa hadapan dan ape jua berkaitan hari tua. Saya sedih dan berdoa agar janganlah perkara begini berlaku pada saya. Salah sorang dari mereka di tinggalkan oleh anak sendiri di depan pagar rumah kebajikan ini. Sampai sekarang tak de berita mana anak nye. Ade yang mengalami masalah kesihatan (buta, sakit itu ini) dan ade yang mengalami masalah ingatan.

Jika ade yang nak membantu, datang lah sendiri melihat dan merasai keadaan mereka. Bantuan yg kritikal buat masa nih ialah menyediakan pagar disekeliling kawasan rumah kebajikan ini demi memberi perlindungan kepada penghuninya. Jadi sapa-sapa nak antu hubungi nombor di gambar tengah untuk sebarang urusan. Semoga doa kami agar rumah ini dan penghuni nya beroleh keselamatan dan kesejahteraan berkekalan. Amin
assalamualaikum. mintak izin guna gambar yg pling atas tu bleh? utk presentation. sy student UKM..