:: Bezanya…

Tua

Pagi tadi masa aku sarapan pagi roti telur sekeping, sambil menghirup dengan bernafsu Nescafe panas, mata aku tertumpu pada tajuk Harian METRO. Kisah seorang anak warga pakistan yang bersusah payah berenang selama 12 jam untuk menyelamatkan nyawanya dan yang paling menarik, menyelamatkan mayat ibunya.

Adakah dia sedar atau tidak, yang tindakannya itu boleh menyebabkan dia jua lemas, sedangkan ibunya sudah meninggal. Sebarang usaha menyelamatkan mayat tidak akan memberi kesan ape-ape. sambil menahan panas terik, ombak dan malahan sepitan ketam, dia gigih berada bersama ibunya sehingga di selamatkan oleh kapal yang lalu.

Beza nya dengan suasana di rumah kebajikan orang tua nur ehsan. Ibu bapa di hantar ke sini kerana anak-anak tak mampu menjaga mereka. Ade yang masih sihat dan ade yang dah nyanyuk atau sakit.  Ade anak-anak yang hilang terus meninggalkan mereka tergapai-gapai di depan pintu rumah kebajikan. Mereka buang macam tue aje. Ingatmak bapak mereka lapin pakai buang ke?

Ayat Al-Quran ade menyentuh soal ibu-bapa spt di bawah,

” Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa.”

[al-Isra’ 17:23]

Lupakah meraka, sapa yg menjaga mereka dari kecil hingga dewasa. ibu bapa sorang boleh jaga anak yang ramai, namun realitinya, anak-anak belom tentu boleh jaga emak/ayah yg sorang. Cuma aku harap mereka yang pernah membuang ibu bapa mereka, akan menerima hukum yang sama  semasa mereka melakukan kepada ibu bapa terdahulu. Biar dia tahu dosa yang bakal membelenggu diri mereka.

So…marilah kita berdoa agar kita tidak tergolong dari kalangan mereka!

:: Jururawat pelatih KKJB

Ade amik gambar mereka tempoh hari, so letak lah sebagai menghargai penat lelah mereka semasa berkerjasama menjayakan program kebajikan tersebut. Budak pelatih KKJB nih memang cun-cun. ade jugak yg susah nak senyum, tapi ade jugak yg terlebih-lebih. nak jadi nurse kena sopan santun beb…

Jangan nak try usha-usha…sebab aku tak kenal mereka. Kalu masih berminat, kena taruk consultation fee dulu, baru citer. Mostly orang pantai timur. sebab mereka berbual aku dok pahee (paham).

Anyway…they all are sporting and ROCK!!!

190409-201

Dah Siap!

190409-142

Masak tomyam ke?

190409-051Nak ngecat ke nak posing?

190409-120 Penuh konsantrasi!

190409-077 Jelingan tue yg tak tahan…ehem!

190409-199 Makae abe!

190409-087 Lepas buat batas, sempat nari poco-poco tue!

190409-053 Langsir omak bilo kau nak tukar?

190409-2481 Pengajar + Pelatih KKJB HSA 2009