
2 – 3 minggu nih tak de benda yang menarik berlaku. Sibuk ngan kerja dan keluarga. Tak ke mana-mana pun. Anak-anak exam, kita yang sibuk lebih. Kekadang bosan jugak sebab tak dapat mengambil gambar atau beriadah. Tapi hidup kena teruskan.
Kat taman perumahan nih pun, cuma kisah kereta hilang spot rim, keta kena pecah cermin dan kisah nampak pontianak. Biasalah tue kan. Zaman nih, mcm-mcm jenis jenayah berlaku. Makin dahsyat, bunuh sini, rogol sana, culik sini, rompak sana. Ape kejadahnye manusia zaman sekarang. Nak salahkan sape. Salahkan ibu bapa, salahkan polis, salahkan guru agama, salahakan sekolah, salahkan media atau nak salahkan ahli politik? Pilih lah jawapan yang ada rasa sesuai.
Tapi sebut pasal politik nih, tak boleh tak sebut pasal kecelaruan yang berlaku di Perak. Ape nak jadi ngan mereka. Semua giler kuasa, semua nak kuasa, semua kata dia betul, semua kata dia membela rakyat. Ape kejadah nye. Meluat aku tengok semua ahli politik nih. Hari-hari citer benda tue aje. Nasib rakyat tak berubah. Tak de kemajuan. Tak de usaha membawa kehidupan ke arah yang lebih baik. Bawak janji sana sini, bawak menteri / orang kenamaan sambil tabur janji. Tapi hasil TARAK…PORAH! Kalau berani, semua yang terlibat ngan kekalutan di Perak nih, berhenti dan jangan bertanding. Buat pilihanraya baru, dan pilih orang baru..semua sekali. Jadi biar rakyat tentukan. Sebab rakyat yang bayar gaji mereka. Kalau mereka buat benda yang tak senonoh ngan duit hasil keringat rakyat, kita haramkan selama 3 keturunan. Baru padan muka mereka.
Tapi inilah hitam dan putih kehidupan, tak selalu putih, mesti ade yang hitam. Jangan kehitaman menyelubungi hati, perasaan, aktikad, jiwa dan pegangan kita. Kerana yang munah adalah diri kita. Bantulah sesama saudara islam kita. Putihkan kehidupan kita agar hidup lebih sejahtera.
Amin!

