Archive for June, 2009

:: Selamat Hari Bapa

Posted in + Komentar with tags , , , , , , on June 21, 2009 by mazrulphotoblog

atuk

Seperti tahun-tahun sebelum, hari ahad minggu ketiga bulan jun, telah di gazetkan sebagai Hari Bapa Sedunia. Sapa yang gazetkan, aku pun tak tahu. Yang aku tahu, pengorbanan atau pengiktirafan status bapa / ayah tue rasanya mula dari penyatuan benih dua mahkluk Allah S.W.T dan tak akan berkesudahan sehingga nyawa di panggil. Walau duduk tempat ke 4 di belakang ibu, sekurang-kurang hari yang di gazetkan tue, boleh lah request special sikit ngan anak-anak.

Aku pun pepagi call ayah aku. Tanya khabar sambil mengucapkan Selamat Hari Bapa walaupun dua hari lepas aku dah call. Aku tak panggil abah/papa/abuya/baba. Aku panggil ayah. Tak kahu kenapa. Anak-anak aku panggil aku, abah atau baba. Mungkin ia mengambarkan peranan/gaya seorang ketua keluarga itu agaknya. 

Ayah aku memang garang. Tapi aku tetap sayang kat dia. Walau kami jarang mesra lantaran sering berjauhan semasa aku kecil/remaja. Aku di kampung dan asrama, ayah di bandar mencari rezeki dalam suasana ekonomi zaman 80an dulu yang serba susah. Tak salah kan dia. Dah memang situasinya begitu. Namun setiap detik yang ade, kami gunakan sepenuhnya. Baru-baru kami ke Port Dickson untuk menghabiskan cuti sekolah bersama-sama anak-anak aku. Suka aku melihat dia gembira mandi manda, makan durian dan satay bersama. Walau kejap, ianya amat bernilai bagi aku. Insyallah, nanti kita gi jalan lagi ye!

Buat ayah, kami sekeluarga menyayangi mu. Aku selalu berdoa agar aku beroleh masa untuk berbual bicara, borak-borak dan mengembirakan hati mu. Terima kasih atas pengorbanan mu, terima kasih atas didikan mu, terima kasih harta benda mu (Vespa) dan terima kasih kerana menjadi Ayah kepada aku dan Suami yang baik buat Ibu ku. Semoga di panjangkan umur, dikuat kan kudrat untuk beribadah dan menyusuri setiap hari mendatang. Amin!

Selamat Hari Bapa buat Tuan Haji Zainudin Bin Haji Moh Noh dan juga Tuan Haji Mohd Noor Bin Haji Shafie (bapa mertua).

 

p/s – Takziah buat Zarina (elly) dan Jai yang baru sahaja kehilangan Ibu tercinta pada Sabtu 20/6/09. Semoga roh nya di cucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan orang beriman. Amin!