
Pagi-pagi buta tadi aku ke Batu Pahat menjenguk anak yang bersekolah di sana. Dah 3 minggu tak jumpa, rindu benor si maknya ngan anaknya. Bapak nye pun sama. Pepagi ahad kekadang, malas tue memang ade. Nak memandu 2 jam, penat noe rasanya. Kena pulak, semalam menumpang main bola tampar kat rumah Ajek Silver dengan dia, senggal satu badan sebab lama tak main volleyball.
Tapi pepagi memandu nih, yang paling geram sikap pemandu zaman sekarang. Heran sungguh aku ngan dia orang nie. Tak de displin, tak de pikir langsung pasal keselamatan. Nie yg aku nak citer, dari pagi memandu, sampai lah kat sumah jam 8.30 mlm tadi.
Memula pagi tadi, ade satu motor cap chai, duduk tengah lorong laju kat highway pasir gudang. Selamba datuk nenek dia jalan lorong kanan tue. Bila aku rapat nak tonjol tayar dia, baru dia nak ketepi. Tue pun muka mcm kucing nak bersalin. Aku bawak motor, ehh salah, menunggang motor dari vespa sampai la suzuki fzr150, tak penah jalan mcm tue. Ade harapan mamat nih jilat tar jalan satu hari nanti.
Sepanjang jalan ke parit sulong, ok aje. keta tak banyak. Bawak pun releks aje. Lepas gi tengok anak, gi Alor Gajah untuk hantar orang rumah gi rumah abang ipar. Masa lalu kat jalan pekan pagoh tue (nak masuk highway pagoh), sedang cue ngan lori kecil, citra, aku dan belakang ade perdana, tetiba dari mane entah, ade sebijik keta kancil, memotong belah kiri. Terperanjat aku. Menyumpah lagi aku. Mane punya undang-undang korang belajar nie. Kalu time jem kat highway, orang selalu buat, nih kat jalan persekutuan. Bahaya tol. Berdebar lagi jantung aku.
Balik dari Melaka (sorang, sebab orang rumah balik kampung ngan abang ipar, aku tak dapat nak amik cuti) berderau lagi darah aku. Kali nie, orang singapore ngan kereta mewah putih, cardina kalu tak silap. Dari kanan, celuk masuk lane kiri sekali (3 lane – air keroh), lepas tue dia celok balik ke kanan, sikit lagi nak kena keta lane tengah depan aku Kena tekan brek, bederau darah aku. lepas tue celok balik ke kanan, dan terus pecut laju. Mcm nie kah orang singapore, (kalah ngan liverpool 0 – 5, padan muka) bawak keta. Keta mewah, akai tak de! Aku nak suruh polis naik kan saman bagi kereta asing 3 kali ganda nilai saman kita. Baru insaf sikit mereka nie.
Lepas tue sampai kat sedenak, dlm kol 7.00 mlm, satu kereta MyVi pulak pakai lampu biru, mcm nak suluh pawagam. Terang yg menyiksa pemandu depan. JKC3??? plate dia. Aku rasa dia baru pasang benda nie, dan tak adjust turun lampu dia. Tu yang mcm lampu projector wayang…biru mata aku. Sampai kat higway pasir gudang, sekali lagi berderau darah aku, keta waja, masuk side table kanan. nasib baik dia dapat control balik, kalu tak sure eksiden. aku kat belakang dia, tapi jarak aku ngan dia memang selamat. Tapi berderau sebab berlaku depan mata.
Kalu mcm nie selalu cepat kita mati mcm nie. Kematian dek eksiden, jauh lebih banyak dari sakit H1F1 atau kanser atau stroke (dah arwah dah si Yasmin tue. Aku memang tak suka wayang dia, ade niat tak baik). Setiap hari kita gadaikan nyawa utk bergerak. Setiap kali itu juga kita memperjudikan nyawa orang lain semasa ade di jalan raya.
Mcm aku yg dah ade training defensive driving, faham penting nya kita perlu ade ilmu memandu nih. Mcm company aku, kami ade, defensive driving, peer drive, commentary drive, 360 driving, vehical safety utk program keselamatan. Supaya pekerja boleh pulang bertemu ngan keluarga selepas bekerja ngan selamat. Aku bukan nak berkempen, tapi bila kita ade di dalam kenderaan, pikir lah risiko dan kesan nya. Jangan kita menjadi sebahagian dari statistik Polis.
Fikirkan lah demi keluarga! Berhati-hati lah semasa memandu!

