Archive for July 3, 2009

:: Dilema

Posted in + Komentar on July 3, 2009 by mazrulphotoblog

250409 057Beberapa hari yang lepas, HQ company aku kat ST Loius, US mengeluarkan kenyataan media bahwa syarikat akan mengurangkan jumlah tenaga pekerja sebanyak 900 orang dari 24 ribu yang ade sekarang. Dari jumlah itu, 40% adalah dari kalangan warga US sendiri dan selebihnya datang dari seluruh dunia termasuk Malaysia.

Rasanya ekonomi dunia dah teruk hampir setahun, namun baru sekarang company aku sibuk nak buat catuan. Mungkin sebab ianya masih mampu bertahan, sehinggalah baru-baru ini tekanan dari produk negara  china benar-benar ‘mengugat‘ pasaran barangan US. Akibatnya kebanyakan perkerja tertanya-tanya nasib dan masa depan mereka. Dilema apakah mereka akan tempuhi.

Bagi aku, dilema atau tidak, hidup kena teruskan. Belum ade kata putus atau pengesahan sapa kena buang, maka tak perlu di kecoh-kecohkan. Kita di bayar gaji atas tugasan & tanggungjawab kita. Selagi ade kerja, kerja ajelah. Dalam pada itu wujud cakap-cakap belakang dan soksek-soksek sana sini. Masing-masing punya pendapat sendiri. Sapa patut kena buang dan sapa yang tidak. Macam nujum pak belalang lagaknya. Dilema tetap wujud.

Bagi mereka yang baru aje bekerja, cap jari lom kering lagi, baju uniform pun belom dapat lagi, tentu dalam dilema. Persepsi mencari kehidupan lebih baik, dari perkerjaan sebelom, membuatkan telahan mengatakan pekerja baru menjadi barisan hadapan untuk di cantas, menguatkan dilema mereka. Sementara mereka yang berumur  40 tahun ke atas, melihat peluang mencari pekerjaan amat terhad lantaran umur yang meningkat. Sementara yang hampir bersara, senyum pun lebar  sebab ade harapan dapat ‘package‘ special dari biasa. Dilema tetap menghantui!

Insyallah bagi mereka yang tersenarai, rasanya pihak company akan tetap menjaga kebajikan mereka. Tak kan lepas macam tue aje. Mereka ade imej dan tanggung jawab sosial untuk di penuhi. Bukan nak memuji, tetapi kenyataanya syarikat multinational mcm company aku nih, mengambil berat soal kebajikan pekerja dan masa depan mereka. Mereka akan melakukan sesuatu demi meringankan beban dan dilema pekerja. Dan buat mereka yang ‘tersangkut’ nanti, Insyallah, bumi Allah S.W.T nih luas. Pasti ade rezeki, pokok panggkal nya usaha! Insyallah!