:: Waiting Game…

Waiting game...

Dua tiga hari nih aku main ‘waiting game’. Pada sape yg tahu maksud aku, pepaham lah. rasanya hari ini selesai lah waiting game aku. Tak sabar rasanya. Lama dah menunggu. Penantian memang satu penyiksaan.Tapi adat lah kan…

Nak amik kesempatan ini utk mengucapkan takziah kepada keluarga dua celebriti malaysia iaitu Dato’ Ishak Baharom dan Loloq yg pulang ke rahmahtullah pada 30/1/2008 yg lalu. Kehilangan dua tokoh dlm bidang masing-masing memang satu kehilangan. namun saperti biasa kehidupan harus di teruskan. Manusia akan terus bergerak. Terus menghadapi memori lalu yg menjadi kenangan abadi. Adakah kita hanya mengenang budi/memori pabila sesorang itu tiada? Perlukan sesorang itu mendapat perhatian hanya selepas mereka tiada?

Fikirkanlah! Pernah tak anda merasa kehilangan rakan/sahabat disekeliling anda? Tentu tidak, sebab mereka sentiasa disisi anda. Tapi sedar tak mereka jua boleh ‘pergi’ tanpa pesan. Dan mula lah nanti, kata tak sangk, tak perasan perubahan. Oleh itu, hubungi rakan/sahabat anda dan katakan betapa anda bertuah kerana bersahabat dengan nya. Mereka akan terus merahmatkan anda…insyalllah!

Buat rakan photography…anda semua sahabat yg mempunyai minat yg sama. Anda adalah istimewa. Semoga Allah S.W.T akan terus merahmatkan kejayaaan dan kesihatan buat anda sekeluarga. Saya akan terus gembira mempunyai sahabat/rakan spt anda. Satu tepukan utk diri sendiri….yehaaaaa! Amin!

Nota Gambar: Rakan memancing di celahan batu di pantai penyabong…tak best sebab tak de ikan!

:: Orang lama …

Datuk Saudara

Orang selalu berkata, sapa yang makan dulu garam, dia yang lebih mengerti akan nilai kehidupan itu sendiri. Dan aku sentiasa bersetuju dgn statement tersebut, kerana bila kita terdedah dgn pelbagai cobaan hidup, maka kita akan sentiasa mengingati pengalaman tersebut.

Sepanjang perjalanan jidup ini, ade yang pahit ade yg manis dan ade yg tak de rasa langsung. Pelik kan? Yelah, kehidupan harian kita semakin ‘laju’ bila kita amat-amati. Kejap aje dah seminggu, kejap aje dah sebulan dan pejam celik kita dah diambang tahun baru. jadi ape yang kita buat sepanjang hari? Entah ape pun kita tak pasti? Tapi masa dah berlalu begitu sahaja hingga kita tak terasa. Aku buat apoe tadi yek? Aku gi mana tadi yek?

Namun yang peliknya, manusia sering di belenggu masa. Tak cukup masa nak sembahyang, tak cukup masa nak beribadat, tak cukup masa nak gi surau. Aku pun sama lah mcm tu. Nak gi surau pun mcm liat aje. Kenapa? Setan banyal sangat ke? Hati kita tak bersih ke? Atau macam-macam alasan yang tak masuk akal pun boleh buat. Jadi bersama-samalah kita menjadi pengurus masa yang baik, menjadi manager pada diri kita dengan bersungguh-sungguh. Mcm kita kerja dgn diri sendiri. Dan sesungguhnya, masa itu emas.

Nota Gambar: Datuk saudara yang baik dan sudah berumur. Memang banyak ilmu dia ada. Semoga makin sihat dan dirahmati hendaknya.