:: Kembali!

sany0052-1

Kembali

Ahhh…

aku kembali berinternet setelah senyap sekian lama.
Lama tak berblog, tak berphotography.
Tiap minggu buzy aje…tak de ruanag kosong.
Esok aku ade project kemasyarakatan.
Ade program bersama hospital, melawat satu rumah kebajikan.
Rumah orang tua persendirian yg memerlukan perhatian.
Yg pasti ade orang tua, rumah kebajikan dan satu bas jururawat pelatih HSA.
Besok kena amik gambo mereka…
Harap cuaca bagus esok…
Nantikan kesudahan nya…tunggu…zassss!

:: Modem

switch-002-1

Modem Rosak

Minggu nih aku tak dapat nak update banyak sebab ade masalah dengan modem aku.
Dah beberapa hari aku tak online.
Tak tahu perkembangan rakan-rakan blogger
Ape khabar agak nye mereka semua.
Sihat dan segar bugar hendaknya.

Nak online kat pejabat pun tak sempat.
Sempat lah jenguk-jenguk sikit.
Web si Tikus anggun pun aku tak dapat masuk dek company internet filter.
Web tikus pun dia orang nak filter. Bukan ade bahan lucah ke, ape ke…aparah!

PC fair lagi seminggu.
Nanti lah, kalu sempat aku gi beli yang baru untuk ganti modem yg dah berkhidmat hampir 4 tahun tue.
Berjasa betul dia. Tengah pikir nak beli wireless atau normal, sebab asses point aku dah ade, takut membazir pulak. Insyallah lagi seminggu aku update blog nih balik…

BTW…modem yg rosak kat atas tue, bukan modem aku, tapi modem bilik server aku.
Modem utk VPN backup yg rosak ari tue. Modem aku guna aztech!

:: Cuti-cuti Malaysia…

Terdampar

Cuti sekolah dah pun masuk bulan terakhir dan tak lama lagi sekolah akan kembali ‘beroperasi’ seperti biasa. Bermakna kesibukan akan kembali menerjah di jalanan dan kehidupan akan akan tetap di teruskan. Biasalah tu kan :)

But the good news is, we still have time to spare. Jadi peluang yang ada haruslah di gunakan
sebaikmungkin.Rancang lah percutian utk family. Ambil masa untuk bermesra bersama keluarga dan memahami perasaan dan tingkah laku setiap ahli keluarga bagi merapatkan kemesraan. Ini bagi mengelakan anak-anak mencari kebahagian di tempat lain. Ini tentu sahaja amat membahayakan.

Fikirkanlah kita sendiri pernah menjadi pelajar. And face it, study is boring. Being a student even boring. Itu tak boleh, ini tak boleh dan setiap inci di perhati. Untuk ape, untuk diri kita, masa depan kita, masa depan generasi seterusnya. Persoalannya, adakah kita lakukan dengan keterlaluan? Adakah tiada ruang buat mereka (anak-anak)? Jika ade, dimana hadnya, di mana titik tolaknya? Rasanya kat luar sana, begitu banyak buku menerangkan bagaimana nak mendidik anak dengan berjaya. Tips itu tips ini. Yg ini cara nya, begitu kehendaknya. Dan kembali persoalannya, adakah ianya sesuai dgn latarbelakang keluarga tersebut, mungkin Ya mungkin Tidak.

Tapi secara amnya, perkara asas terutama memberi perhatian kepada keluarga adalah faktor utama. Memahami kehendak kedua belah pihak pasti sahaja ade grey area yang menjadi penentu setiap jaya satu-satu perhubungan itu. Namun berdoalah agar anak-anak kita menjadi manusia yg soleh dan solehah kerana doa itu adalah senjata umat islam. tapi doa aje kalau tak usaha tak boleh jugak kan.

Jadi cuti nih, rehat kan minda, ransangkan perasaan kasih, dan senyum selalu!

Nota gambar : Cengkerang yang terdampar di pantai penyabong!