
Lovely Daisy!
Masa gi Cameron Highland ari tue, aku ade singgah satu tempat menjual barang survinior dan hiasan. Kat dalam tue ade jual jugak bunga-bunga yang cantik-cantik. Tak ingat nama kedai dia, tapi ade strawberry besar dekat ngan kedainya. Kira famous jugak la kan, sebab nampak ramai orang yg pegi.
Tahun 2005 dulu, aku ade pegi tempat tersebut. Tapi masa tue pakai kamera A80 lagi. Dapat la amik gambo kaktus dan carnation yg memang cantik-cantik. Selepas 3 tahun aku dapat datang balik ke tempat sama. Kali nih, bawak dslr pulak. Aku pun tukar lens macro dan terus shoot ape yang patut. Cuaca agak kelam, tapi malas nak pakai flash. Orang pun ramai, kang orang kata aku jakun tak pernah tengok bunga lak. So cuba balance kan iso dgn speed utk elakan gambar goyang.
Sekarang makin ramai yang bawak kamera. Asalkan ade benda yang menarik, pasti ade yang akan amik gambo. Tak cukup kamera kompak, kamera handphone pun jadilah. malah ade jugak kamera handphone yg mampu memberikan gambar setanding kamera kompak. Bak kata orang, tak de rotan, akar pun berguna. jadi pakai lah ape pun, yang penting, kita mahu mengecapi moment tersebut.
Dapat lah snap dua tiga keping gambar buat simpanan. Bila orang makin ramai, nak shoot pun rasa tak selesa, maka setengah jam kemudian, aku pun blah sebab dah tak selesa nak shoot. Hari pun hujan, badan dah mengigil. nak kena carik ubi panas atau jagung panas, bisik hati ku…jom! Kami berlalu tanpa beli ape-ape…

