:: Borak Photo

Sessi perkongsiaan

Gambar ihsan dari Azmeir - EK Photography

 Seminggu dah kita berpuasa. Rasanya kejap benar masa berlalu. Tak terasa sangat puasa macam zaman kanak-kanak dulu, seminit seakan-akan jarum detik tak bergerak langsung. Adakah aku hilang nikmat puasa itu? Harap-harap jangan lah begitu.

Semalam aku sempat lari ke Larkin Perdana, lebih tepat lagi ke Pejabat Persatuan Arkitek Malaysia (caw. johor agaknya) untuk satu sessi ilmu. SMS dari Yus (Radiohed) pukul 1 pagi dua hari sebelum majlis ini, ‘merangsang’ aku hadir ke majlis ilmu ini. Dan setelah confirmkan ngan si Ajek (Ajek Roobishprojeck), KIV kan tempat aku, maka hadir lah diri aku pada malam tadi. Banyak sangat syarat di letak oleh Yus, nak kena pakai kasut la, nak sikat rambut la, tak leh bawak kamera la (tu yang kena sedut gambar dari azmier tue) untuk jumpa Photographer UN nih. Ape-ape pun ianya memang berbaloi.

298498Majlis borak photo nih adalah anjuran Yus dan Azmier. Dan VIP nye ialah ALESSANDRO SCOTTI , Italian photojournalist dan Goodwill Ambassador untuk United Nations Office on Drugs and Crime (UNODC). Dia tiba ke Malaysia dan bandar johor bahru untuk satu projek anjuran UN iaitu UN-Habitat. Malam tadi dia berkongsi pengalaman dan penceritaan sepanjang penglibatan dalam photojournalism yang menjadi minatnya. Paling menarik, dia berkongsi slide show tugasan berkaitan dadah di seluruh dunia. Dari afganistan hingga negara america selatan, penceritaan pengalaman mengundang soalan-soalan dan juga minat mereka yang hadir. Soalnya sejauh mana anak watan kita mampu pegi sejauh mereka. Rasanya dalam ramai-ramai yang hadir tue, si Yus tue yang mempunyai minat mendalam dalam photojournalism. Yang lain macam aku nie, rasanya tak sampai ke tahap tue.

Sessi Bergambar

Gambar ihsan dari Azmeir - EK Photography

Keseluruhan event berjalan lancar. Cuma pada aku, ade yang borak-borak kat belakang tue, agak ‘menganggu’ sikit majlis bila suara tue agak kuat. Hphone pun tak nak silentkan. Termasuklah hphone si Jek Jenggo. Tapi dek dia bawak video kesayangan dia tue, maka kami maaf kan. Btw…bila nak load video. Selepas tue pulak Saudara Tok Rimau menayangkan filem bumbung orang lantai aku. Pengkisahan kehidupan di sebuah Flat paling popular di Johor iaitu Flat Buki Chagar (yg dah ghaib). Citer yg bagus. Gelak besar kita orang bila Didiz dan lanrasso (ustat) berlakun. Aku dulu duduk dekat ngan Flat bukit chagar tue, Appartment kerajaan. Jadi selalu gi kedai kawasan tue dan pasar malam nye. Lepas mereka roboh kan utk buat CIQ tue, rasanya lama dah aku tak ke sana. So bila tengok citer BOLA nie, teringat sejarah duduk kat situ.

So terima kasih Yus, ALESSANDRO, Azmier, Razak dan Jali Tok Rimau. Perkongsian ini akan berterusan…insyallah. Mungkin Yus sendiri buat kelas. Pada yang datang (hampir 30 orang) spt didiz, abeja, din, ayares, Amrul worih, phewit, hakim, abng put, tenno, trisno, shadie, red, yon dan lain-lain yg aku ingat namanya, semoga jumpa lagi!

Dan buat Ajek…Tahniah atas kelahiran sorang lagi putra. Yang kelakar, si Yus buat pengumuman macam nak umum puasa/raya…wakakaka!