:: Rehat sekejap

cuti

Aku gi cuti esok…

Esok aku kan gi cuti.
Insyallah, kami akan ke Tioman esok.
Lama juga merancang percutian nih.
Nak tunggu hujung tahun, rasa mcm tak boleh.
Jadi amik keputusan, gi awal tahun.

Dah call jabatan kaji cuaca.
Esok ade hujan dan mendung sikit.
Tapi aku tak peduli.
Janji mahu sampai kat jeti blue water ferry sebelum tengahari.
Semua dah siap sedia…kami nak tenangkan jiwa.
Masa untuk bergumbira…

Tapi sedih, kamera aku tak bawak.
Petang tadi dapat tahu kamera dah siap.
Tak sempat nak gi amik…pakai pns ajelah.
Tapi aku bawak backup lain…aku bawak video sony
Nak main video mcm bro jek jenggo tue.
Best jugak tue main video

Harap perjalanan kami di rahmati dan selamat.
Semoga percutian ini merapatkan hubungan kami anak beranak!

Tioman…here we come!!!

:: Cuti dah abis

MARINA COVE RESORT

MARINA COVE RESORT

Seperti yang telah di rancangkan, minggu lepas aku sekeluarga gi Perak untuk bercuti dan jalan-jalan. Lama jugak plan benda nih. Pada mula ade aje rintangan nya. Tak leh amik cuti la, boss dah cuti dulu la, ade program lain la dan macam-mcam lagi lah. Tapi akhir, dapat jugak selitkan percutian ini, walau tak seperti yang di harapkan kerana kesuntukan masa.

Berbekalkan Map negeri Perak kat tangan (kids please do not try this at home!) sambil mata melilau mencari jalan mengikut peta, aku mencari arah destinasi kami. Dari Seri Iskandar, tempat penginapan kami yang di taja (hehehe) oleh Cik Nadia, kami bergerak meyusuri negeri Perak.  Nasib ade rumah tumpangan, dapat save budget sikit. Kalu tak parah jugak. At least boleh masak sendiri dan save duit penginapan. Nasib jugak minyak dah turun harga ke RM1.90. Kalu tak kopak jugak, itu pun dah save sikit pasal pakai NGV dari JB ke Seremban. isik kat Senawang dan Rawang jugak. Kat perak tak de NGV…huh!

Ari tue kami tak jalan jauh sebab masa yang ade amat terhad. Nak ke Penang pun terpaksa kansel kerana terpaksa bergegas pulang ke Kampung atas sebab-sebab yang tak dapat di elakan. Cuaca pun hujan dan redup aje. Sempatlah gi kami gi Cameron Highland, Teluk Batik, lumut dan sekitarnya. Tak sempat gi tempat lain, tak de masa. Adelah menginap di MARINA COVE RESORT kat teluk batik tue sehari. Sebab budak-budak nak mandi kat pool. Punya lah jauh nak gi mandi pool…sampai ke perak!

Tak banyak amik gambo sebab cuaca yang tak berapa elok dan tak banyak tempat menarik pegi. Nak share pun malu…dok behhh! Namun keseluruhan puas hati lah sebab anak-anak gumbira main air walau aku tak ikut serta terjun dlm pool. Entah nape. aku tak suka sangat mandi lau atau pool. Mandi dlm bilik air aku suka…kihkihkih! Nanti lah kalu sempat aku share sikit gambo yang ade. 25hb – 29hb Dec nih cuti lagi…silap-silap mau gi melaka pulak…alahai, abih duit den!

:: Penyabong – Mersing in IR…

Here we come...

Damai...

Jeti nelayan

Rakan-rakan

Pada 24hb November ari tu, kami berkonvoi sebanyak 15 buah kereta ke satu resort yang terletak di Penyabong, Mersing. Bila reramai kumpul nih memang seronok la. Tapi tahun nih aku tak dapat ikut serta memancing kerana atas sebab-sebab tertentu. Namun sepanjang percutian kali ini, memang aku mengharap dapat shoot dlm mode Infra Red Photo (IR Photo)
So nikmatilah pemandangan Pantai Penyabong, Mersing Johor