:: Pencetus Ummah…

image

Satu rancangan mendapat perhatian aku kebelakangan. Ada sentuhan dan ilmu. Memberi santapan rohani dan minda, jauh dari rancangan realiti yang melalak dan entah apa lagi.

Cukup tersentuh dengan prof Ridhuan Tee yang bicara sopan dan mengusik jiwa. Teruskan usha-usha begini. Melahirkan manusia berguna untuk agama dan manusia…insyallah!

Advertisements

:: Hujan tiba lagi…

image

Musim hujan datang lagi. Air yg dulu kawan menjadi lawan. Berduyun bermastautin di balairaya atau sekolah yang menjadi kediaman tidak rasmi untuk seketika. Bersediakah kita menghadapi banjir. Ada yang dah lali. Ada yang mengigit jari. Kena siap mental dan fizikal.

Sebut pasal persiapan, masa nie lah kita nak tengok jentera mereka-mereka yang terlibat dengan urusan banjir ini melakukan tugas. Siap sedia atau tidak. ? Cukup tidak peruntukan? Pastikan penduduk yang di pindahkan “selesa”. Utamakan jua soal kemudahan untuk solat dan sewaktu dengan nya. Banjir tetap banjir. Tapi sujud tetap kena sujud. So permudahkan lah bagi mereka tak kala kita yang selesa di rumah hanya menonton di TV menyaksikan suasana tersebut. Apa-apa pun semoga Allah s.w.t memberi rahmat dan pahala sewajar bagi mereka yang bersungguh membantu mereka yang dalam kesusahan kala ini. Amin ya raball allamin!

:: Splash

Dah lama tak berehat, cuti sekolah pun dah dekat. Nak kena booking tempat untuk bersantai nie. Dah call sana sini carik bilik kosong. Kebanyakanya penuh. Bagusnya rakyat Malaysia minat utk beriadah dan bersantai. Kalau dulu-dulu pantai awam ajelah jd tempat persinggahan. Kini banyak resort-resort untuk di kunjungi. Dari waterpark sampailah beach resort.  Tepuk poket tanya selera.

Yang menjadi persoalan pada aku ialah tahap kebersihan dan service yang diberikan. Jangan bayar tapi service dan facilities teruk. Memang konfirm aku x pegi lagi tempat tue.  So far kira maintain la, walaupun ade yang charge mahal dari yang sepatutnya. Gah pada namanya. tapi service hampeh.

Seperkara lagi yg kekadang kita terlepas pandang soal halal haram. Kebanyakan resort tidak pentingkan soal itu. Tidak meletakan tanda halal atau memohon pengesahan halal. So pada aku jalan selamat , makan kat luar ajelah…pasti halal.

So siap kan minda untuk bercuti…yahooooo

:: Melihat

Manusia kekadang melihat sesuatu dengan skop yang berbeza. Ada yang melihat pada luaran atau ape yang dapat di lihat. Sebahagian lagi, mampu melihat jauh lebih dalam hingga ke dasar dalam membuat keputusan mahupun memberi pendapat. Skill begini ada kata adalah bakat, ada kata ianya develop dari pengalaman dan keamatan diri. Seharusnya kita masih punyai pertimbangan akal fikiran dan juga pertimbangan dalam membuat sesuatu keputusan terutama melibatkan perkara-perkara yang besar dalam hidup kita.

Bukan apa lah, sebenarnya aku terasa nak menulis atas apa yang berlaku baru-baru ini dimana beberapa buah kereta mewah di rampas. Skim cepat kaya, MLM dan macam-macam skim lagi, ternyata mampu membuatkan hati manusia cair untuk sama-sama ‘berkongsi keuntungan’ yang bukan sedikit nilai yang di gembur-gemburkan. Meleleh air liur si polan bila di bagitahu nilai yang bakal dia terima. Kayalah aku, persetan dengan orang yang tak nak kaya, persetan dengan cakap-cakap aku dengar selama nie. Tak ada ape yang perlu aku takut, sapa tak ikut dia rugi dan bermacam-macam kata-kata hikmah di gunakan. sampai bibik aku pun hampir-hampir terpengaruh…hebat betul!

Sebenarnya pada aku, aku rimas dan bosan dengan pamplet-pamplet, iklan kat internet dan cerita-cerita jadi kaya nie. Dalam prinsip hidup aku, kalau kita nak kaya, kita kena usaha. Tak usaha, tak seharusnya kita mendapat keuntungan. Pikirlah sapa nak kongsi untung, tanpa sebab musabab. Sapa dalam dunia nie boleh bagi untung 3-4 kali ganda dari modal. Bukan susah nak fikir, itu logik. Bila tak logik, maka tentu ada sesuatu yang menjadi udang di sebalik mee (pepatah moden). Kita untung dua kali ganda, orang yang susah payah ‘membantu’ kita tue untung berkali ganda. “hari-hari masyuk”…huh, kalah along bukit beruntung.

Belum masuk bab agama yang aku tak nak sentuh sebab aku bukan pakar dalam hal itu. Halal haram kena pikirkan. kecuali dalam hati kita memang tak kisah lagi halal haram dan hukum hakam yang lain. Kalau agama tak di jadikan sandaran, maka nak di sandar pada kafir laknatullah? Pikirkan lah, kemana wang tue pegi dan balik?

Kalau kita ada seribu alasan untuk menerima maka, kita jua perlu ada seribu alasan untuk menolaknya. baru ada pertimbangan dari setiap sudut. Fikir-fikirkan lah. Jangan kita taksub dengan wang dan kebendaan. Natijahnya nanti kita sendiri yang lalai. Bila kita lalai, takut berjangkit kepada orang sekeliling kita. Bersyukur dengan ape yang ade, dan berusaha mencari jalan untuk kehidupan yang lebih di redhai dan berkat.

Usaha untuk maju dengan dilimpahi oleh rahmat Allah s.w.t, insyallah selamat dunia akhirat.

:: Masa

Cepat benar masa berlalu, usia dimamah kehidupan harian. Entah apa yang kita lakukan di sekian hari, hanya mungkin secebis yang benar-benar tersimpan didalam ingatan. Yang berlalu, pergi begitu sahaja. Berlalu kerana ia hanya sebahagian dari rutin harian. Tiada yang lebih, tiada yang kurang.

Jika masa boleh dikembalikan, apakah kita mahu merubah segalanya. Adakah kita menjadi insan lebih baik dari sebelumnya atau kita tetap sama? Hakiki nya, masa tak akan kembali. Yang ada hanya kenangan dan pengalaman yang membesarkan kita menjadi insan lebih baik. Walau tiada jaminan.

Pada aku, yang lepas biar berlalu. Saat yang ada, kita nikmati sepuasnya. Aku redha ngan apa yang ada. Sesungguh nikmat yang di beri walau seketika, tetap disyukuri sebaik mungkin. Walau aku tak mampu ‘berterima kasih’ dengan sebaiknya, dihati tetap sujud dikalimah yang Maha Besar itu. Pada Mu ku memohon dan pada Mu jua lah ku berlindung.

Selamat Hari Tua buat Ku…

:: Rehat

DSC_9209

Terbiar lagi blog aku nie.
Raya pun dah habis, tiada entry baru.
Kalau umpama rumah, dah bersemayam lalang kat laman tue.
Sekali sekala kena update jugak, kena ade kesinambungan.
Baru ade hujung dan pangkalnya.

Baru balik dari Kuantan, dan berehat seketika.
Insyallah, walau sibuk layan fabcebook, blog nie akan terus di update kan.

Buat masa nie kita REHAT dulu…

:: Syahdu Ramadhan

 

Tirai Ramadhan akan meninggalkan kita tak lama lagi. Tinggal berapa hari lagi kita akan menemui bulan Syawal sekali lagi. Putaran yang tiada penghujung nya seperti di janjikan oleh Allah s.w.t. Hanya DIA yang bisa menetapkan terbitnya fajar dan seri nya bulan. Kita hanya hamba yang kerdil.

Sekuat mana hati kita berat meninggalkan Ramadhan yang penuh rahmat dan melimpah ruah keberkataan yang diberikan pada seluruh umat Islam, Syawal tetap hadir. Hati ku hanya mampu bersyukur kerana masih bernyawa untuk melalui detik-detik ini. Ku mohon pada mu Ya Allah, kau berikan lah peluang ini lagi, namun jika tidak, aku tetap bersyukur dengan kesempatan yang telah kau berikan. Indahnya ramadhan tahun nie, aku rasa lebih indah dan lebih nikmat dari tahun-tahun sebelumnya. Ya Allah, jangan kau tarik perasaan ini. Aku tak mahu menjadi umat yang tak bersyukur dan munafik di sisi mu. Aku akan tetap merindui Ramadhan lagi.

Di kesempatan ini, aku berlantaikan hati tulus iklas, memohon sebaik-baik kemaafan dari rakan taulan, sahabat handai dan teman sekelian atas kesalahan serta ketelanjuran yang datang dari insan serba serbi lemah ini. Halalkan ape yg termakan/minum dan berharap syawal yg menjelma membawa satu penghijrahan kepada insan yang kamil dan mulia di sisi NYA.

Dengarkan lah lagu dari SAMI YUSOF ini. Penuh shahdu dan mengusik jiwa.

SELAMAT HARI RAYA

Lagu “Asma Allah”
Artis “Sami Yusuf”

Rahim
Karimun
Adim
Alimun
Halim
Hakimun
Matin

Mannan
Rahmaanun
fattah
Gaffarun
Tawwab
Razzaqun
Syahid

Allahuma Shalli Ala Muhammad Wa Ali Muhammad
Ya Muslimin Shallu Alayh

Allahuma Shalli Ala Muhammad Wa Shahbi Muhammad
Ya Mu’minn Shallu Alayh

Latif
Khabirun
Sami’
Basirun
Jalil
Raqibun
Mujib
Ghafuur
Syakuurun
Waduud
Qayuumun
Ra’uuf
Shabuurun
Majid

Allahuma Shalli Ala Muhammad Wa Ali Muhammad
Ya Muslimin Sallu Alayh

Allahuma Shalli Ala Muhammad Wa Shahbi Muhammad
Ya Mu’mineen Shallu Alayh

Allahu Akbar Allahu Akbar
La Ilaha Illa Hu
Al Malikul Quddus

Allahu Akbar Allahu Akbar
Ya Rahmanul Irham Da’fana

Allahu Akbar Allahu Akbar
Ya Ghaffaru Ighfir Dhunubana

Allahu Akbar Allahu Akbar
Ya Sattaru Ustur Uyubana

Allahu Akbar Allahu Akbar
Ya Mu’izu A’izza Ummatana

Allahu Akbar Allahu Akbar
Ya Mujibu Ajib Du’aana

Allahu Akbar Allahu Akbar
Ya Latifu Ultuf Bina