Bulan Syawal


Bulan Syawal

Tadi penyimpan mohor raja-raja telah mengistiharkan anak bulan TIDAK kelihatan, maka ini di ishtiharkan bahwa hari raya jatuh pada 13hb Oktober 2007. Jadi raya hari sabtu lah. Sehari lagi kena puasa. Tak pa lah…elok untuk kesihatan.

Sebut pasal bulan, rakan aku buat joke! Katanya, raya tahun nih tak payai pakai teleskop mcm biasa buat kat tempat melihat anak bulan. Dia kata, tahun nih tunggu isyarat dari kapal angkasa Soyuz TMA-11. Sebab ustaz Dr. Sheikh Muszaphar Shukor akan terepong dari kapal angkasa. Garenti boleh nampak. Aku hanya ketawa kecil aje. Semenjak kisah angkasawan bermula, ‘sawan’ malaysia dek citer pasal wujudnya idea nih. Ade yg memihak dan ade yg menentang.

Dan pada aku lah, senang aje kira-kiranya. Asalakan sesuatu benda itu membazir dan tak mendatangkan faedah, tentu sahaja baik tak yah buat. Bukan tak setuju orang gi bulan, tapi kena lah dgn keadaannya. Rakyat sekarang sedang berdepan masalah lebih besar. Soal gaji, soal pengangguran, soal nilai matawang, soal rasuah sana dan sini serta isu-isu perkauman yg semakin kuat. Jadi ade baiknya, kita leka di bumi dari leka di awangan. Ape-ape pun kapal dah terbang, harap ade sedikit kebaikan dari seluruh program yg menelan belanja berjuta nih. Nak kata bangga, aku lebih bangga kalau rakyat kita mampu mencipta sesuatu utk kesejahteraan dunia…

Tapi yang paling penting, aku akan bercuti selama 7 hari…rehat sakan weiiii!

One response to “Bulan Syawal

  1. Shukor alahamdulillah, dan tahniah kepada dr seikh muszhaphar shukor kerana telah selamat pergi dan tiba untuk membuat eksperimen di ISS .Saya juga berasa bangga kerana malaysia mempunyai angkasawan negara yang pertama kalinya menyambut hari raya aidilfitri di ISS.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s