{: Selamat Pengantin Baru …


Azriq & Alice

November 3 yang lalu, sepupu saya selamat di ijab kabulkan dengan pilihan hatinya yg berasal dari perak. Meriah dengan iringan ghazal, majlis yang sederhana ini jelas mengembirakan semua pihak, walau kumpulan kompang datang lambat dari pengantin. Namun ianya tidak menjejaskan majlis.

Majlis perkahwinan sebegini sebenarnya membuka satu ruang niaga utk masyarakat. Dari andaman, khemah, katering, bunga telur, hantaran dan juga juru photo. Masyarakt sekarang tidak lagi bergotong royong memasak, lebih mudah membayar pada katering atau team memasak. Hantaran sendiri memerlukan bekas dan bahan-bahan kraft tangan bagi menarik perhatian. Andaman memang tak boleh dipisahkan. Bezanya hanya dari segi jenis solekan, baju yang digunakan dan pelamin. Tetapi bebaru nih, ade saya dengar para mak andam mengenakan kos yg mahal, tetapi menggunakan bahan solekan yg murah dan beracun. jadi perlu hati-hati dlm memilih mak andam. Malah wujud pula jawatan wedding planner dikalangan kita masa kini. Mcm weddingwedding siti nurhaliza + Dato K, wedding planner nye ialah Shah Reza.

Seperkara yg menarik juga utk di sentuh, kehadiran juru gambar perkahwinan. Industri juga memberi pulangan yang menarik melibatkan upah antara Rm400-RM5000, bergantung jumlah masa diperuntukan, jenis album, profile juru gambar dan pakej yg ditawarkan. Tapi saya bukan mcm nih, sekadar tembak (shot) suka-suka aje. Tak pandai nak nembak, masih terkial-kial. Gambar pun hancus!

Seperkara yg menarik, kesan dari ‘keperluan’ perkahwinan masa kini, kos yg perlu dileburkan (bukan labur sebab tak dapat balik kecuali salam kaut) mahu mencecah RM4 ribu keatas. Dan bakal wujud masalah bagi satu-satu pasangan yg kurang mampu dlm menyediakan peruntukan perkahwinan yg basic. Oleh demikian, saya berpesan pada semua pasangan, buatlah semampu yg boleh. Jgn ikut trend. Kita yg susah nanti. Yg perlu di ambil serius soal membahagiakan kehidupan seterusnya. berkongsi kelemahan masing-masing dan menyanjung kelebihan pasangan kita. Kamkmuran negara bergantung kepada kekuatan institusi kekeluargaan kita. Keluarga yg teratur dan terancang ‘menghasilkan’ generasi pelapis yang boleh membangunkan negara kearah kemakmuran. Ianya tanggungjawab bersama kita. Sama-sama kita memberi utk negara.

Nota gambar: Pengantin (Azriq & Alice) sedang ditaburi wangian bunga rampai

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s