{: Aku hanya serangga …


Serangga

Aku selalu bertanya, bagaimana hidup seekor serangga. Kenapa nak tahu? Mungkin hanya naluri nak tahu tu yg membuat ku bertanya. Bukan bermakna aku nak jadi serangga…tak lah.
Bukan ape, kebelakangan nih aku sering membaca di dada akhbar masalah anak-anak zaman sekarang. Ape pula kaitan anak-anak ngan serangga. Hah itu lah persoalan nya…!

Anak zaman sekarang, ade yg pandai nak bunuh diri, ade yg kena bunuh mcm Nurin tu atau baru-baru nih pulak Preeshena Varshiny, umur 9thn, diliwat, rogol dan di bunuh. Nape manusia nih. Di dunia serangga dan haiwan ade ke benda-benda mcm nih? Kalau ade pun, mungkin sebab survival atau sebab serangga/haiwan tak de otak. Ini tak, masalah nya manusia di beri otak, saiz lebih kurang, cuma beza pengisianya sahaja. Kalau kita yg jadi mangsa mcm mana? Ape rasanya? Ape perasaan kita? Sedih, takut, marah, gila pun ade.

Jadi fikirkan lah, mahu kah kita hidup dikelilingi ketakutan. Mahukah anak-anak kita menjadi mangsa ‘haiwan’ yg patut jadi makanan haiwan kat zoo tu? Maka patutlah kita memberi perhatian pada keselamatan anak-anak setiap masa, pendidikan agama dan moral, awasi kegiatan anak-anak, bantu mereka menjadi dewasa dgn penuh kasih sayang bukanya sepak terajang. Dan yang paling penting, bagi yang ade kuasa, wakil rakyat, polis, JKK dan malahan perdana menteri sekali pun, perlu ade tindakan yang sungguh-sungguh menghapus jenayah mahupun mendisplinkan rakyat. Ini tak tambah mak indon, mat bangla, mat vietnam dan mat entah ape lagi, menyesakkan malaysia nih serta ‘mengotorkan’ budaya dan sosial rakyat malaysia.

Semoga Allah s.w.t melindungi keluarga ku dari kezaliman manusia, dari sifat hasad dengki dan iri hati. Jadikan kami umat yang bersyukur dengan nikmatMu dan jangan Kau matikan kami dlm keadaan yg kufur. Sesungguhnya Kau lebih mengeri dan memahami kami.

Nota gambar: Seekor anak mentadak mentadu mencari arah di hujung daun. Tanpa iringan ibunya. mampu kah ia terus hidup? Hanya Allah yg tahu!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s