{: Cahaya …


Lampu kelip-kelip

Hari nih Hari Deepavali, hari cuti umum. Pepagi lagi dah ade rancangan. Rasanya pagi nih boleh pegi Pasar Kemboja di Sungai Tiram yg terletak dalam daerah Ulu Tiram Johor. Ape yang menarik kat pasar kemboja nih? Orang kemboja ke? atau pendatang kemboja?

Sebenarnya Pasar Kemboja nih dah terkenal lama di daerah kota tinggi, ulu tiram, pasir gudang dan sekitarnya. Ianya adalah pasar yang menjual pakaian-pakaian berbagai jenis dan murah-murah. Kalau nak carik baju kurung dah siap, kain-kain, seluar, jaket dan macam-macam lagi lah, maka kat sini lah.Rasanya berlambak pakaian non-ori atau local yg menyerupai baju ori kat sini. Kebanyakan adalah peniaga kemboja, kelantan, siam dan tempatan.

Seperkara yang menarik mengenai peniaga kemboja nih, rasanya mereka sudah di kira pemastautin atau rakyat malaysia juga. Mereka nih kalau sekali pandang mcm orang melayu kita, putih, rendah-rendah, dan kalau tawar menawar nih memang boleh runding. Jadi diberitakan bahwa kat bandar kota tinggi, peniaga kemboja nih mengesuai sebahagian besar gerai-gerai pakaian dekat bas stand dan kompleks membeli belah hinggakan orang cina sendiri kalah utk berniaga kat situ.

Ape-ape pun sebarang pesaingan ade baiknya kerana ia memberi kebaikan kepada pengguna. Kekadang sesetengah kaum itu, kalau berniaga hanya tahu nak untung dan menipu sahaja. Sedarlah bahwa menipu timbangan dan sewaktu denganya atau membuat untung dengan niat dan cara tak baik adalah salah dan haram di sisi undang-undang dan hukum Allah s.w.t. Jadilah penigaan itu sah dan memberi pulangan yg diredhai Allah s.w.t.

Jangan jadi yang kes yg baru-baru ini dihebahkan oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC). Ade kes yg jelas menyeleweng hingga kerajaan rugi hampir RM8.3 juta. Sape punya kerja nih. Ini bukan kerja orang bawah sebab ianya melibatkan wang yg banyak. Patut kena selongkar, sampai ke akar umbi. Biar semua yg terlibat di bawa ke mahkamah serta wajib utk memulangkan semua wang yg rugi itu. Dan kenakan hukuman rotan sekali. Biar mereka rasa. Duit tu duit rakyat. Duit saya juga sebagai pembayar cukai. Kalau hak saya diambil maka saya haramkan 7 keturunan buat mereka yg mengambil. Padan muka mereka. Duit banyak, tapi hidup mereka tak akan tenteram. Semoga yg berkuasa, bawa ikan jerung dan ikan bilis utk tindakan. Jgn ikan bilis aje yg jadi mangsa. Berap sen lah mereka dapat compare berjuta yg orang atas dapat. Ya Allah tunjukan mereka sebaik-baik jalan dan buka lah minda mereka utk bertaubat. Insyallah…

Nota gambar: gambar mentol kelip-kelip semasa hari raya. First time beli lampu kelip-kelip…2 jenis sekali gus…raye weiiii!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s