Alhamdulilah syukur kehadrat Ilahi kerana Fatin Syahirah telah berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan UPSR nya. Walau pada mulanya, agak membimbangkan kerana prestasi yang agak turun naik, namun berkat doa kami, saudara mara, cikgu-cikgu SKPG1 yg cukup prihatin dan rakan-rakan serta doanya sendiri yang tak jemu membuat solat hajat, keputusan memihak kepada nya.
Pencapaian ini amat membanggakan kami sekeluarga. Malah bagi semua 27 lagi murid & keluarga SKPG1 serta cikgu-cikgu yg bersusah payah sejak dari tahun lepas, mereka memang seharusnya berbangga dan bersyukur dgn pencapaian 5A anak-anak mereka.
Hanya tuhan sahaja dapat membalas jasa mereka selama ini.
Tahniah wahai anak ku
Semoga Fatin akan terus maju jaya dan akan lebih matang dlm menghadapi cabaran seterusnya. Insyallah kami akan terus berada di belakang mu wahai anak ku, membimbing dan membesarkan hingga nafas terakhir
Nota Gambar : Slip result yang di keluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia