:: Selamat Hari Raya Aidil Adha


Membuat lemang

Selamat Hari Raya Aidil Adha buat semua pengunjung blog ini. Alhamdulilah, sempat lagi kita menjalani sembahyang sunat hari raya untuk tahun 2007 nih. Minggu nih cuti berturut-turut. Dari hari raya ke hari raya kaum lain dan sambung tahun baru. Jadi kesempatan ini ramai yang pulang ke kampung menjenguk ibu bapa, sanak saudara atau ade yang berehat dgn percutian ke tempat menarik. Memang seronok…. jeles lagi.

Tahun nih aku tak balik. Tak pe lah. Lagi pun banyak benda nak di buat Setidak – tidaknya rumah atau area aku tak banjir seperti yang berlaku di pahang dan kelantan sekarang. Sedih melihat mereka beraya di Pusat Pemindahan. Menurut akhbar lebih kurang 40,000 beraya di pusat. Cuma kali ini hari raya aidil adha, bukan raya puasa. kalau tak tentu bertambah sedih. Semoga cuaca akan bertambah baik agar mereka dapat kembali ke rumah masing-masing secepat yang mungkin. Bukan hari raya sahaja mereka kena fikirkan, malah persiapan sekolah juga bersarang di minda mereka. harap sangat kerajaan bantulah ape yang patut buat mereka. Kalau project mega boleh buat berjuta-juta, hulurkan lah sikit buat mereka agar memudah kehidupan seharian mereka terutama yang kais pagi makan pagi dan sebaliknya.

Esok selepas sembahyang sunat hari raya, majlis korban akan di lakukan di surau tempat saya. Besok kena lah tolong mereka menyiang daging. Kalau dapat snap gambar, best jugak. Semoga nilai ibadah korban ini dapat di fahami oleh orang islam kerana besar pengertianya.
Jangan korban ini di jadikan nilai komersial dan juga cara utk bermegah-megah. Itu amat di larang. Fikirkanlah ape yang telah kita buat utk sinar islam di bumi bertuah ini. Setidak-tidaknya kita bersama-sama membantu urusan korban di tempat masing-masing. Bukannya balik sembahyang, buka baju, on TV duduk depan tu sampai time makan. So fikir-fikirkan lah…

Sekali lagi, Selamat hari Raya Aidil Fitri buat semua umat Islam di Malaysia dan dunia.

Allah hu Akhbar, Allah hu Akhbar, Allah hu Akhbar,! Walillah ilham!

Nota gambar: Seorang ibu menyediakan lemang buat anak di pulang ke kampung

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s