:: Sekolah!


Sekolah!

SibukSekolah telah kembali di buka. Maknanya kesibukan ibubapa, guru-guru dan jalan raya, kembali seperti biasa. Yg baru menjejaki persekolahan, pasti ade sahaja ceritanya. Yg menangis, yg gembira (sebab jumpa kawan tadika balik), yg tak tahu ape-ape pun ade. Semenatar mak bapak pula, kejap-kejap datang tengok anak. Risau dgn gelagat minggu pertama persekolahan. Ade yg cuti seminggu, hanya utk memantau suasana dan keadaan anak mereka. Bertuah sungguh si anak. Itu lah yg sebaik-baiknya.

Yuran

Tahun nih kecoh dek yuran. Kata kerajaan, kita mansuhkan bayaran yuran. Yuran peperiksaan dan yuran sekolah. Namun bila waktu pendaftaran pelajar, ibu bapa kebingungan. bayar yuran utk seorang anak dah hampir RM70. Yuran sahaja. Buku lain citer. Tapi, nasib buku teks adalah free. Kalau tak duit lagi. Namun pada saya yg jahil nih, dah lama sepatutnya kerajaan menyediakan buku teks utk semua pelajar. baik miskin atau kaya. kerana kalau kita perhatikan, berapa ramai lah yg boleh dikatakan kaya. rasanay sikit. tapi yg misikn ramai, itu dah tentu dapat. yg menghadapi masalah, orang yg tengah-tengah. Kaya tak miskin tak. mereka lah yg mengalami masalah yg teruk jika buku teks kena beli. Jadi mudahkan sahaja, bagi pada semua. Buku teks tak de maslah penyeludupan!!!

Kelas

Sudah menjadi tradisi sekarang, pengasingan kelas di buat. Yg pandai, di satukan dan yg bengap sikit, letak satu kelas lain. Tumpuan di berikan kepada kelas baik dgn guru yg lebih terlatih dan berwibawa. Yg saya persoalkan ialah, kelas yg menjadi ‘lokap’ buat budak yg mengalami masalah pelajaran. saya merasakan, perlu ade kesungguhan dlm memberi perhatian kepada kelas rendah ini. Mereka dah serba kekurangan (budi bahasa, kebolehan dll) maka kurang perhatian mengakibatkan masalah yg lebih besar. Bila mereka tamat sebagai pelajar, besar kemungkinan mereka menjadi statistik jenayah. Jadi perlu ade kesungguhan antara pelajar, ibubapa, sekolah dan pihak berkuasa membentuk masyarakt lebih prihatin dan memberi ruang kepada mereka yg surang dlm soal pendidikan akedemik. Perlu keluar dari kepompong dan membantu anak bangsa dgn lebih yakin dan systematic.

Hala tuju

Murid sekarang makin pandai, tak heran lebih ramai yg mendapat A dlm semua subjeck kerana tekanan kualiti hidup, kualiti pendidikan dan kualiti prasarana. Perlu wujudkan pembaharuan dlm sistem pendidikan kita agar seimbang dgn kehendak pasaran pekerja, ilmiah, kekuatan bermasyarakat dan juga kepentingan jangka panjang. Ini boleh melahirkan lebih ramai tokoh-tokoh akedemik, ilmuan dan juga barisan pemimpin yg berkarisma dan bersih. Pemimpin ini lah yg menerajui negara ke arah kejayaan pembangunan dan juga mencapai matlamat negara. Semoga anak-anak kita akan tergolong di antara mereka yg berjaya…amin

Nota gambar: gambar anak masuk sekolah tadika (gambar lama)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s