:: Dimana Sharlinie?


Poster Sharlinie

Bagi seorang bapa kepada 3 anak (1 lagi coming soon), kisah kehilangan anak spt Nurin Jazlin Jazimin (yg telah tahu kesudahanya) dan baru-baru ini Sharlinie Mohd Nasyar yg berumur 5 tahun, dilaporkan hilang ketika bermain bersama kakaknya di padang permainan yang terletak kira-kira 200 meter dari rumahnya di No. 29, Jalan PJS2C/11N, Taman Medan, Petaling Jaya amat memilukan. Berbagai persoalan bermain di ruang fikiran pabila mendengar berita tentang kehilangan Sharlinie.Yang paling penting, bagaimana keselamatan si anak kecil ini. Adakah ia masih hidup atau mengalami nasib yang sama spt Nurin? Subhanallah…harap di jauhkan hendaknya.

Hendak atau tidak, kita kena menerima hakikat bahwa negara kita tidak lagi selamat mcm dulu. Zaman 70’an mahupun 80’an, rasanya, anak-anak boleh kesana kemari tanpa berisiko atau berdepan dgn risiko bahaya. Kini tidak lagi. Bahaya dimana-mana. Sedangkan kita menepuk dada mengatakan kita setanding negara maju. Namun hakikatnya kita masih jauh ketinggalan. Yang maju adalah kadar jenayah dan jenis jenayah yg berlaku di negara kita. Sapa nak bertanggung jawab? Ibu bapa? Sudah semestinya. Kerajaan? pun juga bertanggung jawab? Jiran tetangga? Turut sama terlibat. Cerdik pandai? Ya..anda jua. Pokok pangkal, semua terlibat. Tiada terkecuali.

Namun ibu bapa adalah segalanya. Mereka harus mengawal anak-anak. Memberi didikan, memberi bekalan utk hidup sebagai manusia berguna. Bukan sekadar beranak, tapi lepas mcm tu aje. Alasan di berikan, mencari sesuap rezeki, keluarga di abaikan. Anak tak pulang rumah, anak terlibat dgn aktiviti jenayah semenjak sekolah. Rempit, bohsia, hisap dadah, hisap DADA, hisap duit orang 3R (ragut, rompak, rampas). Ape nak jadi? Mak bapak tak peduli.

Bila mak bapak tegur, mak bapak di belasahnye. Ape kejadah manusia mcm nih. Kecik-kecik tak nak mampus, dah besar, menjadi petualang bangsa, menjadi penderhaka agama dan menjadi syaitan berhatikan raja. Dah besar, semua tak boleh dibentuk lagi, dah terlambat. Dan ade yg mati di tali gantung, mati de jalan raya, mati dek peluru polis atau guard dan ade mati kerana mencari sesuatu ‘ketenangan’ yg tak pernah dirasai walau seketika.

Nak tak nak, agama Islam ada jawapanya. Al-quran itu segala-galanya. Di situ ade jawapan yg di cari. Namun di dunia yg tak kekal ini, kuasa menjadi penentu. Semua ingin kuasa tanpa mengira kebolehan, tujuan dan caranya. Rasuah dimana-mana. dari serendah-rendahnya hingga ke peringkat tinggi. Ingatlah, makan duit haram, tak akan kemana-mana. Hidup tak tenang, azab tetap datang. Baik di dunia mahu di akhirat. Biar berjuta harga banglo, kematian tetap akan datang bila masanya. Biar kita miskin harta benda, jangan kita miskin bekalan di akhirat.Sesungguhnya Ya Allah kau lindungi mereka-mereka yg beriman dengan Mu dan berada di landasan kebenaran. Amin ya rabal alamain!

Buat mereka yg menculik Sharlinie, pulangkanlah. Semoga dosa-dosa anda di ampun oleh Allah s.w.t! Amin

Nota Gambar: Wajah sharlinie yg masih hilang!

2 responses to “:: Dimana Sharlinie?

  1. sebelum syarlini hilang saya pernah mimpi ada budak prmpuan hilang. x sangka tu syarlinie. saya rasa dia ada dalam rumah besar kosong dan pernah mintak saya tolong dlm mimpi.mimpi saya 95% betul

  2. johanas… harap2 awak dpt ingat mimpi tu.. rumah kosong di kawasan mana.. ada check point atau tanda2 yg kita boleh cam ke..seperti bangunan, padang, bukit, sungai..kawasan perumahan.. nama jalan… mudah2an awak dpt ingat kembali mimpi tu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s