:: Selamat Menyambut Maal Hijrah 1429


Maal Hijrah 1429

Alhamdulilah, saya dapat menghirup udara tahun baru islam lagi. Tahun hadapan, belum tentu lagi. Namun yang pasti setiap detik yang sempat di lalui, perlu di hadapai dengan penuh harapan, impian dan kesyukuran. Bertambah lagi umur kita, bertambah lagi tanggungjawab kita, bertambah tua jua lah kita🙂

Kalau di tanya tentang azam, saya tak buat banyak azam. Sekadar ingin Muhâsabah (self-criticism) diri dalam menjalani kehidupan harian. Memang banyak nak di buat, banyak pula halangan dan cabaran nya. Namun syukur dan insaf atas ape yang berlaku di sepanjang setahun yang lalu, insyallah akan menjadi kan kita lebih brani, tabah dan bersyukur dgn nikmat di beri. Ya ALLAH, jangan kau pesongkan fikiran ku ke jalan syaitan, janganlah kau ambil segala nikmat yg kau berikan, jauhkan diri ini dari menjadi manusia munafik dan berkata bohong. Lapangkan lah perasaan, kurnian nikmat yg kau berikan agar mampu kita terus berbakti pada diri, keluarga, agama, bangsa dan negara.

Ya raballalamin! Alhamdulillah!

Sedikit info tentang peristiwa berlaku sewaktu Maal Hijarah yang dikutip dari forum FMDC.

MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah).
Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

Pada asasnya, Muharam membawa maksud ‘diharamkan’ atau ‘dipantang’, iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.

Peristiwa-peristiwa penting:

1. 1 Muharam – Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
2. 10 Muharam – Dinamakan juga hari ‘Asyura’. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:

1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
13. Hari pertama Allah menciptakan alam.
14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
16. Allah menjadikan ‘Arasy.
17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.

Nota gambar: Shoot bulan yg sedang mengambang! 

One response to “:: Selamat Menyambut Maal Hijrah 1429

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s