:: Merdeka


Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

31hb Ogos muncul kembali, kali ke 51 membawa tema Perpaduan Teras Kejayaan. Besar tema tu, perpaduan bukan mudah nak dibawa. Tak payah pikir perpaduan antara berlainan kaum, perpaduan antara melayu sendiri kini bagai satu tugas mustahil. Kenapa begitu sekali. Kenapa susah benar kita nak majukan banga melayu? Kenapa begitu mahal harga yang perlu di bayar untuk bangsa melayu mentakbir negara tanpa masalah rasuah, salah guna kuasa dan bermacam-macam isu yang keluar lagi. kenapa susah nye…

Bukan aku nak citer pasal politik. aku tak sanggup bergelumang dengan lumpur politik. dan aku juga tak pandai nak berpolitik. biar aku berpolitik di kedai kopi aje dgn rakan-rakan. tapi aku aku nak luahkan hanya kebimbangan yang amat sangat. bimbang ape? nak takut ape? bimbang akan arah tuju politik negara. terlalu banyak perkara yang tak mendatangkan faedah di bincangkan. kisah sodomy la, kisah sumpah itu ini, kisah mongolia lah, kisah nak jadi menteri la. Ape nak jadi menteri kita nih. Fikirkanlah…tak kan tak de yg bijak pandai dikalangan pegawai-pegawai, pengarah, ketua-ketua, menteri-menteri yg mampu menjana ekonmi yg lebih baik dan memulangkan kepada rakyat. Ingatlah, anda sepatutnya berkhidmat kepada rakyat. Amanah tue…besar tanggungjawab tersebut. kalau tak mampu pikul, pulangkan balik. kalau tak balasan di akhirat tak sanggup di hadapi.

Sepatutnya mereka patut bincang macam mana nak makmurkan negara. bukan bincang nak selamat kan buntut orang itu, orang ini. selamat kan kerjaya politik orang itu, orang ini. Negara makin parah ekonominya. Graduan keluar beribu-ribu. tak de kerja. itu yg graduan, yg SPM pulak lagi ramai. ape yg mereka nak buat. tak de kerja, tak de ekonomi, tak de kemajuan, tak de perpaduan. kilang buang orang makin banyak. kilang carik orang kerja makin sikit. jadi payah la. orang yg banyak duit ape dia kisah. semua ade, sebut aje. tapi yg kais pagi makan utk satu hari, makin terhimpit. semakin tertekan, jenayah jadi pilihan. nak hidup senanglah katakan. yg susah akhir rakyat juga. menteri tak susah.

Jadi sempena merdeka nih, ubah lah sikap korang wahai menteri-menteri, baik kerajaan mahu pun pembangkang. Bina negara nih, naikan ekonomi. sama-sama makmurkan negara agar kita tak mengemis di bumi kita sendiri. Lu pikir lah sendiri…

One response to “:: Merdeka

  1. luahan yg positif!!!!!!!aku sokong!!!\\\

    anyway mazrul salam aidil fitri, maaf zahir batin.anyway tolong fwd hp ko..aku dah ilangno ko!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s