:: Syawal


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI & MAAF ZAHIR BATIN

Kepada semua pengunjung blog ini, rakan taulan, rakan forum dan siapa sahaja. Dengan ucapan tulus iklas semoga hari raya ini membawa rahmat dan kegembiraan beraya. Pandu dgn selamat dan fikirkan keselamatan semua orang. Jangan membazir kerana ade yang menyambut hari raya dgn serba kekurangan. Kunjung mengunjung eratkan silaturahim sesama kita. Ini lah masa yang sesuai utk buang yg keruh dan ambil yang jernih. Yg berpenyakit tue, jaga makan. Jgn makan sebarang aje. Nanti sakit semua datang. Masa puasa elok tak de penyakit, lepas raya, semua naik…belanja pun naik. So Selamat hari raya…balik kampung…oh…oh balik kampung hati riang…

P. Ramlee
Dendang Perantau

Di hari raya
Terkenang daku kepada si dia
Kampungku indah nun jauh di sana
Ayah serta bondaku

Di tepian mandi
Danauku hijau yang aman damai selalu
Nun di sanalah tempat aku bertemu
Aku dan dia

( korus )
Apakan daya
Masa tak akan kembali
Hancur musnahlah semuanya

Impian yang murni
Tinggal menjadi kenang-kenanganku
Hanya rangkaian kata dan lagu
Dendang perantau

( ulang korus hingga akhir )

5 responses to “:: Syawal

  1. Wei bro… salam ramadan dan syawal jugak eh.. Aku tengok ko ni suka betul dengan lagu .. Segala macam lirik lagu ada gak blog ko nih. Satu je ko tertinggal, lirik lagu heavy metal paling mantap iaitu Cok Cok Gendong.. mana daa? Kikiki..

    Lagi satu, ko ni jiwa lembut ek? .. come on la bro, metal bro.. metal la sikit… hahaaha….

  2. Laaa, bro, engkau ni tak abis abis lagi dengan lagu raya tu? Hari ni dah raya ke berapa dah bro… Lagi satu, kata engko nak supply bunga api kat kitaorang? mana daaa… ?? Dah tak tahan nak main bunga api ni.. hehe

  3. Jangan OT kat pejabat org, kalau Nak OT buat kat Opis sendirik…belasah lah berapa jam pun….kekekeke.

    Mohon maaf kepada tuan tanah.
    Selamat hari raya maaf zahir batih.

    p/s: Kami sedia menerima tempahan kuih2 raya, sekiranya anda ingin
    mengadakan rumah terbuka. Sila hubungi
    CikJarah roti jala, kg. Melayu

  4. Mekasih semua, selamat hari raya!
    Jek…lagu kau tu tak tersenarai top 10 la
    Radiohed…tq
    Abeja…OT tak pe, di persilakan. Open house rasaya tak buat tahun nih, datang aje. No hal

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s