:: Sakit


Bila sakit telan ubat

Bila sakit telan ubat

Sebulan dua nih di jangkakan para doctor dapat banyak ‘bonus’ dari hari-hari biasa. Kenapa? Kenapa lagi kalau tak di sebabkan bilangan pesakit bertambah dari hari biasa. Kenapa? Yelah, sebab musim ini musim orang sakit atau musim orang carik penyakit. Kenapa? Yelah, makan tak jaga, tidur tak jaga, persekitaran tak jaga, kesihatan tak jaga dan lain-lain yang sewaktu dengannya tak di jaga. Ke..na..tak jadi tanyalah. Ahh memang, kalau tanya tadi aku sepak, sampai dapat sakit.

Daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu mengatakan apabila diturunkan ayat 123 dari Surah an-Nisaa’ di atas, kami (orang-orang Islam) merasa sangat sedih. Lalu Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam pun bersabda:

Maksudnya: Bersederhanalah (jangan terlalu berlebih-lebihan atau terlalu lalai) dan berusahalah melakukan (perkara) yang benar. Maka pada setiap musibah yang menimpa seorang muslim merupakan suatu kaffarah. Sekalipun (musibah itu berupa) bencana yang menimpanya atau duri yang menyucuknya.
(Hadis riwayat Muslim)

Sakit tue lumrah alam. Mengingatkan kita akan hidup & mati. Mengingatkan dosa dan pahala. Dan yang selalu di dengar, sakit mencuci dosa-dosa kering yang kita lakukan. Sebenarnya petang tadi aku baru balik dari Hospital Penawar. Kenapa gi hospital? Aik tanya lagi, sebab sakit la. Sape yg sakit? huh…bukan aku. Tapi anak aku. Si hisyam demam sejak 5 hari lalu. ingatkan demam biasa, kasi anti-biotik dek doctor poliklinik dan penadol. Dia sempat pesan, kalau 2 hari tak kebah, gi test darah. Yelah, kok ade sakit lain. Sakit ape aku tanya, sakit demam denggi atau demam chikungunya katanya. uik…chikungunya. Sebelum raya ari tu, baru rakan forumer si AjekSilver kena demam chikungunya nih selama seminggu.

Aku mula resah. Demam tak kebah, 38 – 39 kepanasanya. Hari Ahad aku bawak gi Hospital Kulat (HSI) utk check darah. Hasil keputusan, agak rendah, tapi masih tak perlu admit. Bawak balik dan bagi ubat aje. Menjelang petang esoknya, anak aku dah macam udang kena bakar kulit nya. Merah menyala, lengan, kaki, muka dan telinga. Kepanasan terasa berbahang. nak tak nak terus ke Hospital Penawar, walau sebenarnya aku tawar hati nak pegi dek perkhidmatan tak berbaloi berbanding bayaran. Kes terpaksa, jalan ajelah. Company bayor ape hal. So esoknya setelah di check darah sekali lagi, confirm anak aku kena Demam Denggi. Tapi bukan demam denggi berdarah. Alhamdulilah…petang tadi aku bawak balik. Sebab duduk hospital bukan nye dia buat ape, masukan air dan makan ubat. Orang rumah boleh buat. Dan spt yang aku jangkakan, bil RM1+++.00 utk satu hari duduk. Yelah, bayor ajelah. Malas nak sebut lagi. Emergency kes lah katakan.

Wat masa nih, raya aku hold down dulu, nak make sure anak OK baru leh raya balik…🙂

3 responses to “:: Sakit

  1. Mazrul, semuga anak kau cepat sembuh ..

    Patutlah kao senyap je dan tak pergi shoot Rally tu.. tak pe takpe nanti kalau rally lagi, kita shoot sesama ya..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s