:: Penghujung


Minggu nih dah masuk minggu ke 4 umat islam berhari raya. Namun begitu. Rasanya minggu ke 4 nih lah yang paling meriah. Cukup meriah sebab sana sini ade rumah terbuka. Sana sini masih ade semnagat untuk beraya. Almaklumlah, minggu raya pertama sibuk di kampong halaman, minggu ke 2, ramai tak bukak pintu lagi sebab rumah lum kemas lagi, kuih tak isik lagi, penat berjalan jauh tak habis lagi. Minggu ke 3, start berjalan atau tunggu rumah orang datang. Sana open house, sini open house. Yang buat marhaban, ade yang sepanjang minggu bermarhaban. So tinggal minggu ke 4 utk bertandang balik atau buat open house.

Tahun nih aku tak wat open house. Sebab rumah aku memang sentiasa open untuk tetamu. Tak kira bila. Datang aje lah. Kalau aku tak de maaf lah. Kalau buat makan-makan pun untuk jiran tetangga yang aku panggil sekali gus. Hubungan kami jiran selorong memang baik. Sebab kami sama-sama pindah dan umur pun lebih kurang. Jadi mudah berkomunikasi mahupun nak mintak tolong itu ini. Kebelakangan ini konsep kejiranan kurang sangat di amalkan. Kalau setakat angkat tangan lalu depan rumah, rasanya tak cukup. Berkenalan dan beramah mesra rasanya bukan susah sangat. Kerana jiran itu membawa rahmat juga. Kalau susah senang kita sesame membantu. Jadikan rakan. Insyallah ade kebaikan darinya.

Minggu terakhir raya nih jadikan satu platform terbaik untuk berkenalan sambil beraya. Sapa tahu jiran kita yang kita selalu angkat tangan itu rupanya…sedara kita sendiri!

p/s – entry kali ini aku wat dari office2007 word dan bukan dari web site. first time try…cool!

4 responses to “:: Penghujung

  1. Laaa, engkau rupanya yang aku selalu angkat tangan tu? Sedara rupanya kita ni eek.. Aku ingat kau ni dulu, bai jual roti tepi jalan. Aku nak tegur segan, sebab kalau bai, takkan mata sepet sikit …

    Lu tak jual roti lagi ke bai? Waah, lu rupanya kaki rok jugak eh.. Apasal lu tak teruskan belajar pancaragam tu bai? ..hehe..

    Lu memang gitulah, ari tu gua dah lalu tepi rumah lu. Nak dekat sampai, gua call handset. Tak berangkat pun.. Takkan lu tak sedar ada missed call? Haa, time tu la gua lalu taman lu tu… Takpelah, tahun ni gua maapkan lu bai…. hehe…

    Lu buat ni pakai Word je bai? alamak, gua terus terang, terpesona bai… baik lu ajar gua … ni serious nak belajar ni, betul betul, bukan cobaannnnn… Salam & maaf zahir batin bai… Kalau jumpa aritu, salam tangan, dah setel dah … hohohoh

  2. Iklan ini dibawakan khas untuk anda oleh Susu Penuh Krim Abeja

    En. Mazrul, we are now offering our special tip top service to cater for your hari raya open house needs. Please enjoy our customize / great packages for as low as RM25k only. No need to hurry. No tired. No punctured. No angry. Say no to all. Just write a cheque, call us to collect, and you can enjoy our professional service, just like menteri menteri events. Imagine, for RM25k you will get heavy food like sosej cap bendera, nugget cap sardin, bebola sotong, plus extravaganza sos cili cap tempoyak as your main dish. Our 5 group of professional photographer will also be there to shoot or cover your event from subuh to subuh lagi sekali.

    Please mister Mazrul, you can count on us .. For more information, please contact our Event Manager – Abeja. Number will be provided soon. Hehehe…

  3. Hello there ! My name is Jorge Bushes. Baru nak belajar cakap Melayu .. Ini website tuan die buat pakai word ? Wow, excellent job brother. Pictures also very nice. I’ve short pantun for ya ..

    Nice to see,
    nice to hold,
    once broken,
    considered sold .. hohohoho…

  4. YB Razak…saya mintak maaf sebab tak amik call kau ari tu. Itu pun bukan sebab ape, hand set tak di tangan. Panjang nak citer kat sini. Bukan di sengajakan…

    Utk Datuk Abeja dan rakan-rakan sewaktu dengan nye, kalau nak datang rumah, datang aje…memang tahun nih tak de wat open house. tak sanggup nak keluar 25K nak wat kambeng golek. Kawe bukan dato-dato mcm anda semua…setakat keja jual minyak dhob aje.

    So kalau rajin singgah aje lah…🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s