:: Jalan-jalan


Cuti-cuti Malaysia

Cuti-cuti Malaysia

Minggu nih budak-budak start periksa ujian akhir tahun. Huh kejap dah sampai akhir tahun. Rasa lom wat ape lagi. Budak zaman sekarang untung, kerana lom periksa dah buat deal ngan parent. Kalau result baik, nak gi sini, nak gi sana. Nak cuti-cuti, gi jalan-jalan. Banyak lah dia nye jalan-jalan. Tue belom nak mainan la, nak CD PS2 la. Kalau result baik, boleh runding. Kalau tak KIV dulu sampai result baguih. Ingat bapak dia cop duit agaknya. Kalau zaman kita dolu-dolu, nak dapat 20 sen pun kena wat keja. Pegi kedai beli barang ke, basuh motor atuk ke, gi sapu laman rumah ke, pendek kan citer, nak sesuatu kena usaha atau bekerja. Zaman sekarang, duit raya aje RM2 hinggit. 5 tahun lagi, mahu RM10 duit raya sorang. Ahh..mampuih.

Sebut pasal jalan-jalan nih, aku bukan suka gi jauh-jauh nih. Entahlah…kalau di bagi pilihan gi jalan jauh utk gi resort ngan duduk rumah rehat, aku rasa aku pilih duduk rumah aje. Malas nye nak gi jauh-jauh. Orang rumah pulak terbalik, suka jalan-jalan. Nih dia sedang merancang nak gerak gi utara pada bulan November. Aku hanya jawab tak dapat janji aje. Keja sedang berlambak, orang nak ganti tak de. Tengoklah macam mana nanti. Tapi aku lom pernah gi Ipoh, nak jugak rasanya cecah kaki kesana. Kalau Penang tu, dah penah pegi. Zaman bebudak sekolah dulu…rombongan sekolah. Tapi kalau jadi bess jugak yek…tapi nak amik 3 hari cuti tue, rasa-rasa mcm tak boleh aje. Nak sejuk kan hati orang rumah…insyallah aje lah jawab aku.

Harap-harap dapat la gi jalan-jalan…insyallah!

Note – Gambar atas semasa Asia-Pacific IT Conference Singapore utk company aku. Bergambar ngan geng IT dari Thailand, Hong kong, tukang jaga pintu hotel raffles, USA (boss besar), Indonesia dan India.

One response to “:: Jalan-jalan

  1. Wah, bro.. lama tak nampak gambar bro, baru ni bro siarkan.

    Apa apa hal, bro memang hensem lah. Err… bro yang paling kanan sekali tu kan? kih..kih..kih..

    Setuju sangat lah bro, budak budak ni tau berjalan je, bapak dia nak terkehel cari duit, bukannya dia tau pun. Tapi tak baik pulak mengungkit ye bro. Ada rezeki, sama sama lah sharing dengan keluarga. Mana tau, dah tua nanti, anak-anak pulak bawak kita berjalan. Mm… best..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s