:: Minyak


Minyak aku abis!

Minyak aku abis!

 

PUTRAJAYA 31 Okt. – Kerajaan mengumumkan penurunan harga runcit petrol dan diesel sebanyak 15 sen seliter lagi berkuat kuasa esok.

Dengan penurunan itu, harga runcit petrol RON97 akan dijual pada RM2.15 seliter berbanding RM2.30 seliter sebelum ini manakala diesel dan petrol RON92 yang sebelum ini dijual pada RM2.20 seliter akan dijual pada harga RM2.05 seliter.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, keputusan itu dibuat selari dengan penurunan secara ketara harga minyak dunia sejak akhir-akhir ini.

Semalam kerajaan umum minyak turun lagi 15 sen. Dah jadi RM2.15 seliter. Eloklah tue, tapi aku rasa orang jual minyak mesti ‘naik minyak’ sebab harga yang berubah-ubah. Begitu jualah pola pembelian minyak bagi penguna. Aku pun termasuk sekali, minyak aku biarkan hampir kering semalam, pagi nih baru nak pegi isik balik, penuh-penuh. Jimat lah 1.5 liter bagi setiap isian Rm50 hingit. Banyak jugak tue bagi orang yg tak berada nih.

Tapi aku dah pakai NGV gas, lebih kurang 5 bulan dah. Memang jimat giler. Isik 20 ringgit, satu kereta penuh balik KL masa raya ari tue. Kalau tak trip yg sama, aku kena isik RM100 mengikut harga lama. Terpaksa keluar duit dekat RM6 ribu setengah utk pasang NGV jenis sequential. Sebab kereta tua aku tue, nak kena jalan hari-hari. nak tak nak terpaksa pasang.

Sepanjang 5 bulan pakai NVG nih, aku boleh simpulkan, ianya satu penjimatan JIKA, ha…ade JIKA nye. Jika kereta kita selalu digunakan. Kalau pasang NGV dan bungkus kereta simpan dlm garage, baik tak payah. membazir duit omak den ajo. Sebab ehh, keluar duit banyak, return tarak. Guna NGV memang tak sepower pakai minyak bila speeding, tapi tak lah teruk sangat. Bezanya performance hampir 25%. Kalau nak memotong pun kena lajak sikit, baru boleh. Speeding terasa kurang smooth tapi masih boleh lari 130-140 km/j cuma engin agak panas sikit. oleh itu coolent kena jaga.

Kerajaan harus terus memantau soal minyak berterusan kerana ianya ‘punca’ kepada kenaikan harga barang dan perkhidmatan seharian. Malah lebih teruk, harga minyak dah turun, roti canai yang biasa aku makan kedai mamak HABIB tue, masih kecil berbanding dulu. Rasa nak boikot aje kedai tue, nak tukar makan benda lain pulak sebelum aku ‘naik minyak‘ atau perut aku yg naik dek borroi…!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s