:: Puspakom


Pusat Pemeriksaan Kereta Berkomputer (Puspakom)

Pusat Pemeriksaan Kereta Berkomputer (Puspakom)

  Puspakom tambah dua unit bergerak

KUALA LUMPUR: Pusat Pemeriksaan Kereta Berkomputer (Puspakom) memperluaskan perkhidmatannya di kawasan pedalaman dengan memperkenalkan dua unit pemeriksaan bergerak bernilai RM5 juta bagi memudahkan pelanggan mendapatkan perkhidmatan itu pada masa depan.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Salamat Wahit, berkata dua unit pemeriksaan bergerak Puspakom itu sudah memulakan operasinya secara berjadual di Pantai Barat (Pelabuhan Klang dan Johor Bahru) serta Pantai Timur (Terengganu dan Kelantan).
“Setakat ini sambutannya amat menggalakkan dan kita bercadang menambah satu unit lagi yang dijangka dapat memulakan operasinya di Lembah Klang dan Pulau Pinang pada hujung tahun ini.

Puspakom kebelakangan nih sering menjadi tumpuan media dek isu-isu hangat.  Dan semalam mereka umumkan nak ade unit bergerak. Antara tujuan adalah utk memberi kemudahan kepada yg berada di luar bandar. Pada aku elok benor lah tue. Bagi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan. Puaskan hati pelanggan dengan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan berkualati. Tentu sahaja imej mereka akan terus naik atau jatuh…pelanggan yg tentukan. Namun kesungguhan mereka membersihkan Puspakom amat jelas. Dan tahniahlah atas usaha mereka, harap usaha ini terus berkekalan.

Sebut pasal imej nih, Puspakom kena prihatin bukan sahaja pada pelanggan, malah kepada para pekerja mereka. Kenapa gejala rasuah di kalangan pekerja banyak berlaku? Tentu ade sebabnya. Bukan nak salahkan managment sahaja, malah pekerja mereka pun ade yg tak betul. Dari sumber-sumber terdekat, gejala rasuah atau duit kopi nih, memang sering berlaku. Mudah sangat mereka di sogok. Soal nye, nak atau tak nak. Berbagai cara mereka buat demi ‘memudahkan’ kerja mereka. Nasib sumber aku nih bersih orangnya. Dia masih dapat bertahan, kalau tak ari tu dah jalan sekali.

Bia sebut duit kopi nih, kita kena lihat prespektif besar. Sapa yg lebih banyak untung bila ia berlaku. Budak-budak Puspakom atau tokey-tokey besar? Berapa sangat lah mereka dapat berbanding tokey-tokey tu dapat. Tapi bila kita ambil duit kopi, kita tetap salah. Tapi pada aku lebih baik carik tokey-tokey nih. Kalau setakat runner tue, pun umpama ikan bilis. Pancing dalam-dalam. Biar carik ikan jaws yang banyak untung tue. Mereka nih yg jadi pengarah di balik kekeruhan wujud di Puspakom. Mereka yg nak benda cepat settle, cepat lulus dan sebagainya. Kan masa itu emas, selagi boleh untung besar, undang-undang boleh settle tepi.

Puspakom pun harus lihat suasana kerja pekerja mereka. Terjaga tak kesihatan mereka dgn asap-asap kenderaan. Jumlah kenderaan yg beratur panjang dgn jumlah pekerja yg ade mencukupi tak? Ade review feedback dari pekerja dan pelanggan tak? Gunakan standard ISO bagi quality / keselamatan / enviroment sebagai guide line. Insyallah…Puspakom akan untung dan semua pihak akan puas hati

nota gambar – logo Puspakom pada baju pekerja mereka

3 responses to “:: Puspakom

  1. Bang, bagus betul la artikel abang, menginsapkan.. kesian yer bang, ikan ikan bilis tu semua. Kasi tangkap itu jerung la, baru best.. Ikan bilis tu memang kesian la jugak, hari hari hidu asap.. sedey gak bila pk hal ni..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s