:: Bila ‘tikoosan’ berkumpul


Warga Tikoosan

Warga 'tikoosan' menimba ilmu

Semalam warga ‘tikoos anggun‘ berkumpul di studio/office Ajeksilver bagi mengikuti program pembelajaran dlm ilmu studio light oleh salah sorang pakar/otai photography di johor nih, iaitu saudara Yon.

Sedang test cahaya

Testing! flash please!

Ramai jugak geng tikoos anggun yg hadir antaranya…Ajek, YB Razak, abeja, Rinz, syafik, cikgu dauz, radiohed, ayares, trisno (sekejap), kqden, abang put dan dua tiga orang lagi namanya dah lupa lak. Memang menarik sessi semalam.

Yon banyak menerangkan hardware utk setup studio light dan sedikit sebanyak tips serta pilihan yang ade. Berdasar pengalaman nye berguru dgn otai-otai kamera filem, sedikit sebanyak dia mensasarkan pengalaman yang dilalui sebagai satu bahan asas perkongsian ilmu. Ye lah bukan senang nak berguru dgn otai. Kita dapat sedut sedikit sebanyak dari mereka kira sudah bagus.

Kejap lagi, boleh start shoot! Model dah ready!

Lepas nih boleh shoot model!

Kalau dia tak nak kongsi, ape kita nak buat…so kalau dah bagi kongsi tue, sedut aje ilmu yg ade. Yon memang tak kedekut ilmu, selagi boleh kongsi dia akan bagi. Memang dia cool aje. Seronok bila berkawan orang mcm dia…bukan mcm YB Razak tue…maleh den tak cakap! YB…jgn mare!

Lepas sessi teori di adakan pula sessi shoot..practical la pulak. Jam dah kol 10.30, sessi shoot mengunakan studio light bermula. Yon membincangkan pengunaan Studio light Sebagai di janjikan, tiada awek cun-cun, yg ade hanya model tak berbayar di datangkan khas dari Brazil. Ajek silver mengambil tempat…tup tap flash mencurah muka dia yg banyak lobang jerawat tue. Semangat betul mereka…termasuk aku. tak pernah guna studio light. Ajek di ‘cabul’ semahunya. berterusan serangan flash hinggap ke muka. Tapi ade sorang mamat kluang tue, rileks bawak kamera sana sini.

Mangsa sabul ke 11111

Mangsa sabul ke 11111

Tukang video segala aktiviti kami. Kalau tak salah aku, dia nih yg banyak merakamkan video-video sabul dan X-rated malaysia punya. Dia memang expert bab nih. Tapi dia dah bersara sekarang. Dia dah jadi YB, tapi kegemeran dia tak boleh nak kikis. So mamat nih dah penat amik video, mula mengambil tempat sebagai jurugambar pulak. Dan model jugak bertambah sorang lagi. Si syadie pulak berpasangan ngan ajek. Dah mcm gay pulak diorang. Mcm-mcm aksi. Sementara Yon mula mengadjust cahaya, bagi komen shoot yg diambil. Abeja kat belakang tue, rileks aje. Dah penat dua orang model tue, si AyAres pulak sit in sebagai model. Kebolehan membongkok badan yg di pelajari semasa di India dulu di guna pakai. Orang kata ade kena mengena jugak dgn YOGA, tapi dia dah tukar sikit, jadi gerakan tue di namakan GOYA pulak, supaya tak di haramkan. Cikgu dauz, abang put, aku, razak, tenno dan syafik tak berehenti mencari setting utk dapatkan result yg terbaik. Belasah aje, janji keluar gambar.

Selepas tue, kami berehat. Masa utk menukar suasana. Lampu di gelapkan. Cikgu dauz, mula mengemaskan rupa parasnya, touch up sana, touch up sini. buang minyak muka dgn kertas tisu lap cermin kamera. Sementara radiohed membantu menyedikan prop iaitu sebuah meja pengarah, dgn buku hutang di atasnya. Laptop buah apple ajek jadi sasaran. Sayang batteri nye dah habis, kalau tak lagi bess…nampak logo buah tue. Setelah siap semua, cikgu dauz pulak di simbahi cahaya flash. berebut mereka nak amik gambo. Radiohed pun mula bersuara, wei beratur la…amik nombor. Ha sapa dulu. Mereka mula menganaz lagi. Selepas satu aksi, cikgu dauz berubah menukar aksi lain. Semuanya terus manghamburkan cahaya dari studio light Yon tue. Dah penat duduk balik, kemudian start balik

Model shoot

Cikgu dauz sedang beraksi

Jam dah dekat 12.00pm. Yon mula mengeluarkan peralatan tambahan. Sebuah lagi lampu dipasang utk memberi cahaya tambahan. Aku mula mengemaskan gear aku. Dah tengah malam. Aku kena balik. Dia orang ‘bujang‘ tak pe. kol berapa nak balik pun tak kisah. Aku kena balik. Mngkin dah prinsip aku, walau mcm mana pun, tengah malam, ketua keluarga kena ade kat rumah. Cukup lah 3 jam berguru ngan Yon tue. nanti ade rezeki blajor lagi. kan belajor tu satu tuntutan.

Ingin mengunakan kesempatan ini mengucapkan sejuta terima kasih kepada Bro Yon atas usahanya membuat kelas lighting nih. Walau simple dan basic, ianya memberi satu pengalaman berharga jika tidak utk yg hadir, tentu sahaja pada aku. Keramahan dan kegembiraan yg wujud malam tadi adalah tanda-tanda persaudaraan antara sesama kami yang terjalin oleh kerana minat yg sama terhadap PHOTOGRAPHY dan sewaktu denganya. Aku sentiasa cuba untuk bersama dengan aktiviti mereka. Namun, kekadang keadaan tak sesuai utk menghadirkan diri. Namun disetiap kesempatan yang ade, tumpuan di berkan sepenuhnya. Terima kasih buat Ajeksilver yg bersusah payah menjadikan segala-galanya berjalan lancar. Bertemu lagi di sessi yg lain pula hendaknya.

6 responses to “:: Bila ‘tikoosan’ berkumpul

  1. Mr. Kareem…gua dah tahu, macam kedai dangdut jugak, masuk tengah malam, gerudi maut. Kalu brani kasi keluar itu gambo lah..hehehe

    Mr. Ajek…wah lau, panas giler tue…mana aksinya..YB ke? ade bukak bukak tak? Up gambo cepat!

  2. Bro, wah, lu dah pandai karang ayat power la sekarang… seronok siut baca blog lu, sebab donlod ke pc aku laju sket .. Sebenarnya aku suka yang amat sangat masuk blog blog kawan2 lain, tapi certain blog tu terlalu `lewat turun’ so payah aku nak baca dan nak komen.. Nanti kantoi .. haha…

    Lu memang rok bro sekarang… dulu lu reggae jer.. wahoaoa…. bagus la lu bro… kalau nak lagi rok, selalu ikut tikoss tau bro. Kalau lu sogok kitaorang dengan Cheesdale, lagi la best… Lu sebut je pasal gua dalam ni, gua tak kecik hati punya… best… best… sbb gua masa lahir je dulu, hati dah besar….hahahaha, Tahniash bro atas kehadiran malam tu..

  3. Cerita dan gambar yang menarik la bro..hehehe.Rasa sekejap sangat dapat jumpa tak sempat nak borak2.

    Bro mazrul mohon ban pengunjung yang bernama Jekjenggo yer…i tak suka dia. kekekekekeke

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s