:: Isu Yoga


Medical

Medical Checkup

Hari nih Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengishtiharkan bahwa senaman yoga adalah haram diamalkan oleh orang islam. Faktwa yang telah di nanti-nantikan sejak seminggu yang lalu, nyata memberi satu petunjuk yang kuat bahwa Islam memandang serius perkara-perkara yang boleh menjejaskan akidah umat islam di Malaysia khususnya. Dan rasanya akan keluar juga suara-suara sumbang yang akan mengeluarkan ‘faktwa‘ mereka sendiri.

petikan dari utusan online…
Majlis Fatwa Kebangsaan hari ini mengharamkan umat Islam mengamalkan yoga secara sistematik itu kerana dibimbangi akan menghakis akidah umat Islam jika pengamalnya meneruskan amalan itu ke peringkat lebih tinggi. Pengerusinya, Prof. Datuk Dr. Abdul Shukor Husin berkata, amalan fizikal iaitu senaman dalam yoga tanpa unsur-unsur mentera dan pemujaan pada zahirnya tidak menjadi kesalahan.
Namun, katanya, ia tidak digalakkan kerana dikhuatiri boleh menghakis akidah seseorang Muslim memandangkan ia merupakan salah satu komponen daripada keseluruhan amalan yang diharamkan
itu

Persoalan nya, kenapa pilih Yoga untuk menenangkan diri (bagi yg mengamal kan yoga lah…yg tak, peduli ape) sedangkan islam mempunyai banyak cara menenangkan minda, rohani dan roh. Kita harus dekat kan diri dengan agama kita iaitu agama islam. kenapa kita nak ikut cara bangsa lain. Berzikir, sembahyang sunat, sembahayang tahjud, suluk, berpuasa dan membaca Al-Quran bukan saja menenangkan perasaan kita, malah membuatkan kita lebih dekat kepada Allah s.w.t.

Aku bukan ustaz atau orang handal dlm agama, sekadar makmum surau kat rumah aku aje. Namun sebagai umat Islam kita kena peka. Yg haram adalah haram, yg halal tetap halal. Jgn jadikan yg haram itu halal disebabkan orang lain buat. Orang tu sapa, kita sapa. Akidah kena jaga, pengisian ilmu pun kena ade. lagi naye kalau dua-dua ye tak de…

Kebelakangan ni Islam sering di pandang remeh oleh orang bukan Islam. Mereka senang-senang mencapuri hal-hal berkaitan orang Islam. Ape hal, kenapa nak sibuk-sibuk. Kita tak pernah masuk campur hal mereka. Ini antara usaha-usaha memburukan Islam. Menduga kuatnya pegangan Islam kepada umatnya. Berani kah kita menangkis serangan mereka?

Minggu depan aku kena gi yearly medical check up. Nak kena tengok overall fitness. Darah nak kena check, almaklumlah umur bertambah, penyakit pun mula berbaris…nak try concur body yg dah season nih. Yg pasti aku tak pakai yoga atau product-product kesihatan yg berlambak kat pasaran sekarang. Entahlah, kekadang aku rasa product kesihatan yg ade sekarang, hanya bersifat sementara aje benfitnya. Yg penting life style, pemakanan dan paling penting kekuatan diri dari segi rohani dan jasmani memberi pelindung sebaiknya. Ingat petang nih nak jogging, tapi hari dah gelap nak hujan. Alamak…tangguh lagi la nampaknya! Alahai…🙂

3 responses to “:: Isu Yoga

  1. Ada yang menyanggah keputusan majlis fatwa…termasuklah seorang artis.

    Sewajibnya, kita sebagai umat Islam menghormati keputusan yang telah dibuat itu. Pada saya, Majlis Fatwa Kebangsaan menjalankan tanggungjawabnya menjaga umat Islam daripada terpesong akidahnya. Jikalau kita tunggu terpesong akidah baru hendak bertindak, itu sudah terlambat. Lagipun, ahli-ahli Majlis Fatwa Kebangsaan bukan calang-calang orang dan mereka tidak akan membuat sesuatu keputusan hanya bersandarkan kepada agak-agak sahaja. Keputusan dibuat bersandarkan kepada kajian yang terperinci, jadi kalau kita selaku umat Islam tidak boleh menerima keputusan cendikiawan kita sendiri, maka kepada siapa lagi kita hendak harapkan? Inilah seperti yang pernah disabdakan Rasulullah yang mana umat islam akhir zaman ramai tetapi seperti buih di laut.

    Kita tidak nafikan keperluan berikhtiar bagi mengubati penyakit, tetapi ikhtiar itu mestilah tidak melanggar syariat yang telah digariskan oleh Islam. Kalau hendak letakkan sembuh sebagai ukuran kebenaran hujah maka ramai orang yang berdukun,jumpa pawang yang menggunakan ilmu hitam juga ada yang sembuh penyakitnya. Apa yang kita cari adalah keredhaan Allah ta’ala.

    Cuba kita renung, mengapa di dalam yoga kita boleh fokus dan kusyuk tetapi tidak di dalam solat? Di sinilah terletaknya kualiti solat kita, jikalau solat itu berkualiti ianya akan dapat membunuh sifat-sifat mazmumah, bahkan penyakit yang kronik sebagaimana ubat-ubatan yang berkualiti dan mahal harganya. Begitulah juga harga solat yang berkualiti akan melambung tinggi melepasi harga siling dan menjadi penawar berbagai penyakit kerana itu janji Allah, yang mana solat itu boleh mencegah segala kejahatan dan kemaksiatan. Seandainya kita hendak memadam kebakaran, kita diajar memadamkan pada punca kebakaran itu. Begitu juga dengan penyakit, cari puncanya. Jikalau kita tidak ada hasad dengki, khianat dan sebagainya maka kita tidak perlu banyak berfikir bagi menghadapinya dan tiada orang yang sakit hati pada kita. Masyarakat yang solatnya berkualiti juga akan menyediakan makanan secara halal dan suci, tiada tipu timbangan,tiada campuran bahan yang tidak dibenarkan, tiada pembunuhan, tiada rompakan dan berbagai jenayah lainnya lagi. Apa yang penting, carilah keredhaan Allah.

  2. Jek…bukan soal kesan atau tak, soal berkongsi

    Abeja…kritikan yg hebat, setuju benor ngan kau. Makin lama, makin teruk kita terhimpir dgn suasana ‘global’ nih. Negara tanpa sempadan ternyata lebih bahaya dari perang mengangkat senjata kerana kita tak nampak musuhnya berbanding berperang. Musuh Islam kat mana-mana. Yg paling takut dia ade bersama kita…didalam selimut!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s