:: Kanak-kanak Hilang


Di mana Khairunnisa

Di mana Adik Khairunnisa?

Tadi masa aku check email kat gmail, ade satu email melapurkan kehilangan seorang kanak-kanak Nur Khairunnisa Syahida. Alamak kata hati aku, hilang lagi. Kenapa boleh terjadi? Namun setelah berfikir, aku teruskan upkan trad utk Nur Khairunnisa demi kebaikan bangsa dan agama.

Aku tak tahu ape yang berlaku sepenuhnya. Hanya email menyatakan ianya hilang pada 14 Nov. 2008yang lalu. Baru lagi nih, dekat seminggu lebih. Bantu menyebarkan berita ini. Tak pasti benar atau tidak, namun tak salah untuk kita membantu. Benar atau tidak belakang citer. JAdi bagi memudahkan saya dan pelawat membaca, saya sertakan email yg saya terima sepenuhnya seperti di bawah.

Assalammualaikum…dan Salam Sejahtera,Saya memohon jasa baik anda semua, sekiranya terjumpa atau terserempak dengan kanak-kanak ini yang bernama Nur Khairunnisa Syahida, sila hubungi En. Rosli di talian 013-606 5757 atau e-mailkan ke nurshah_shanur@yahoo.com.sg / norliza_cni@yahoo.com secepat yang mungkin. Anda juga boleh menghubungi balai polis yang berdekatan dengan tempat anda. Kanak-kanak ini telah hilang selama 13 hari iaitu dari 14hb November 2008 yang lalu. Beliau dilihat kali terakhir memakai t-shirt berwarna hitam dan berseluar jeans berwarna biru. Pelbagai usaha telah dijalankan namun belum berhasil. Tolong panjangkan e-mail ini kepada semua kenalan atau group2 yahoo anda.
Sekian, terima kasih.Kerjasama dan bantuan anda amat kami hargai?..

Semoga perkara begini menjadi iktibar buat semua. Hargai anak kita. Jangan lepas kan mereka sewenangnya. Pastikan mereka selamat dan, menjadi rumah syurga buat mereka. Beri kasih sayang dan perhatian dan disaluti jua dengan pelajaran agama, dari kecil lagi. Mereka pasti akan menjadi anak yang soleh dan solehah. Aku bukan nak mengatakan mereka tak jaga dengan baik. Jauh sama sekali. Mungkin si anak berada di tempat yg salah dan masa yang salah ketika kejadian. Malang dan bala tak berbau mcm buah kuinin. Jadi adalah baik kita mencegah dari mengubat. Sesama kita menjadi mata dan telinga masyarakat. Perhatikan lah sekeliling anda, mana lah tahu anak kecil yang anda temui adalah anak satu keluarga yang kesedihan akibat kehilangan nye.

Aku teringat kan poster Di Mana Sharlini. Kata mana sharlini. Kalau lah ade orang yg diberi Allah s.w.t kelebihan utk mengetahui mana Sharlini mahupun khairunnisa berada, alangkah baiknya. Semoag usaha-usaha meraka yang perihatin mendapat ganjaran yg setimpal dr Allah s.w.t…amin!

5 responses to “:: Kanak-kanak Hilang

  1. aku baru dapat email pagi tadi…sedih pun ada, tapi to the child parents, our prayer will always be with you.. and redha.
    kita tak boleh kata parents tak take care or take extra precaution to prevent this things from happening but, org gila especially pedophiles, mcm2 cara dia buat utk culik kanak2, by any way or any means. to muslims..jgn lupa, black magic mmg wujud..pukau is one of it’s kind..ermm..doa and ikhtiar seberapa boleh wahai rakan-rakan…kita bantu famili kanak2 ni..

  2. Izat…tu lah, saje menjalankan tanggungjawab sosial…war-warkan lah

    syikin…mekasih singgah! Betul dan setuju ngan pandangan anda. Memang bukan 100% salah mak bapak. Mereka yg ade masalah mental, tak cukup diajar, yg ade otak tapi tak pakai, yg mencari kekayaan tak kira cara, yg hatinya dah beku mcm batu dan yg perangai sepupu iblis abang angkat kepada setan, dua pupu kepada dajal…maka orang mcm nih lah patut di sula ngan besi panas hidup-hidup. Black madic memang ade, selagi setan itu ade. Ikthiar kita, jgn diri & keluarga sebaik mungkin. Setidak-tidak kita faham risiko dan keadaannya.

  3. entahla…apa nak jadi dengan zaman skang ni..by da way…buat keluarga mangsa, semoga tabah,banyak-bnyakkan bersabar..ini adalah dugaan tuhan buat hambanya.

  4. aniesah…
    Kata orang dunia dah nak kiamat. Manusia dah jadi binatang.
    Doa selalu agar kita di jauhi dari petaka mcm nih.
    Biar hilang duit RM10 Ribu dari hilang anak kan!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s