:: Kehilangan


Akmal

Baru semalam entry aku mengenai kehilangan kanak-kanak aku paparkan. Dan hari nih, aku mendapat berita akan berlaku satu lagi ‘kehilangan‘ seorang anak. Tapi kali ini hilangan lain pula. Sedih nak citer…

Petang tadi dalam kol 3.30pm aku terima berita dari orang rumah mengenai kematian seorang anak jiran di kawasan perumahan kami. Tergamam sekejap. Sebab tak sangka kerana anak yg berbadan agak gempal tu, baru aje ari tu bersama-sama memeriahkan majlis perkahwinan anak rakan aku yg selorong dengan rumahnya. Tup-tup terima panggilan, dia dah tak de. Uik, tak de angin, tak de tanda…tak di sangka anak yang selalu melalui jalan depan rumah aku waktu lepas maghrib utk mengaji Quran, dah tak de…meninggal dunia. Aku hanya mengucap dan ishtifar sambil menyedekahkan al-fatihah

Akmal, anak yatim yg pada aku nampak periang dan sederhana sikapnya. Baru aje lepas UPSR dan keputusan pun ok la. Selalu aku jumpa waktu anak aku berlatih main bola bersama dia. Ade lah beberapa keping gambar dia dalam simpanan aku. jenazah tiba jam 7.30pm selepas di mandikan dan disolatkan di Hospital HSI. Setiba di rumahnya, ramai sanak keluarga dan jiran-jiran tetangga berkumpul dan bersiap utk menyembahyangkan sekali lagi di rumah nya atas permintaan ibu nya. Dan jam 8.30pm jenayah selamat dimasukan ke dalam van jenazah hospital utk di bawa ke tanah perkuburan jalan kebun teh di mana jenazah akan dikebumikan disebelah kubur ayahnya.

Setelah aku selidik dari orang rumah, aku dapat tahu kematian nya akibat cancer perut. Dah masuk stage 4. Tak pasti samada ibunya tahu akan keadaanya. Ape-ape pun perkara sudah berlaku. Kita kena amik iktibar, soal kesihatan, soal makan minum. Kata Nabi s.w.t penyakit itu datang dari perut. Aku pun kena jaga jugak, kurangkan nescafe, kurangkan pedas, kurangkan makan nasi, kurangkan Se*s…(uik boleh ke?)

Buat keluarga akmal, banyak bersabar, Allah s.w.t lebih sayangkan dia dari kita. Ayahnya ade bersama dia. Hidup tetap kena teruskan kerana ianya hukum alam yg sementara ini. Alfatihah….

2 responses to “:: Kehilangan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s