:: Cuti dah abis


MARINA COVE RESORT

MARINA COVE RESORT

Seperti yang telah di rancangkan, minggu lepas aku sekeluarga gi Perak untuk bercuti dan jalan-jalan. Lama jugak plan benda nih. Pada mula ade aje rintangan nya. Tak leh amik cuti la, boss dah cuti dulu la, ade program lain la dan macam-mcam lagi lah. Tapi akhir, dapat jugak selitkan percutian ini, walau tak seperti yang di harapkan kerana kesuntukan masa.

Berbekalkan Map negeri Perak kat tangan (kids please do not try this at home!) sambil mata melilau mencari jalan mengikut peta, aku mencari arah destinasi kami. Dari Seri Iskandar, tempat penginapan kami yang di taja (hehehe) oleh Cik Nadia, kami bergerak meyusuri negeri Perak.  Nasib ade rumah tumpangan, dapat save budget sikit. Kalu tak parah jugak. At least boleh masak sendiri dan save duit penginapan. Nasib jugak minyak dah turun harga ke RM1.90. Kalu tak kopak jugak, itu pun dah save sikit pasal pakai NGV dari JB ke Seremban. isik kat Senawang dan Rawang jugak. Kat perak tak de NGV…huh!

Ari tue kami tak jalan jauh sebab masa yang ade amat terhad. Nak ke Penang pun terpaksa kansel kerana terpaksa bergegas pulang ke Kampung atas sebab-sebab yang tak dapat di elakan. Cuaca pun hujan dan redup aje. Sempatlah gi kami gi Cameron Highland, Teluk Batik, lumut dan sekitarnya. Tak sempat gi tempat lain, tak de masa. Adelah menginap di MARINA COVE RESORT kat teluk batik tue sehari. Sebab budak-budak nak mandi kat pool. Punya lah jauh nak gi mandi pool…sampai ke perak!

Tak banyak amik gambo sebab cuaca yang tak berapa elok dan tak banyak tempat menarik pegi. Nak share pun malu…dok behhh! Namun keseluruhan puas hati lah sebab anak-anak gumbira main air walau aku tak ikut serta terjun dlm pool. Entah nape. aku tak suka sangat mandi lau atau pool. Mandi dlm bilik air aku suka…kihkihkih! Nanti lah kalu sempat aku share sikit gambo yang ade. 25hb – 29hb Dec nih cuti lagi…silap-silap mau gi melaka pulak…alahai, abih duit den!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s