:: Hijrah


Satu Permulaan

Hijrah satu pejalanan

Dah 3 hari sambut tahun baru, dan sehari lagi tahun baru barat datang pulak. Kejap benor rasanya, baru lagi tinggalkan 2007, dah nak masuk 1430H dan 2009. Ape yang aku buat setahun nih…pikir jap!

Tahun nih overall tahun yang baik untuk aku & family. Dari karier (macam lah baguih sangat) hingga ke family semuanya ‘memuaskan’. Kelahiran Fatin Nur Najwa ternyata menyerlahkan kehidupan kami. Kami sekelurga makin rapat, semakin kukuh kemesraan dan paling penting, senyum tawanya menghiburkan kami. Bila balik kerja penat-penat, tengok senyum anak, luluh penat. Setidak-tidak aku kerja penat-penat bukan utk lain, demi anak-anak yang membesar. Tengah sibuk bertatih jatuh, kelakar sangat. Boleh tahan lasaknya. Yang bestnya…semalam dia cakap…”babah“…dia panggil aku! Aku cium dia puas-puas!

Tahun 2009 di jangka banyak rintangan. Al maklumlah, suasana ekonomi sekarang agak merundum dan gawat. Ianya satu kenyataan yang dikongsi satu dunia. Semua kena tempiasnya. Kilang dah ade buang orang, kurangkan operasi, keja tiga minggu, rehat seminggu. Gaji di potong, kenaikan jangan harap lah. Bonus, ade yg dapat ade yg tidak. Untuk aku, syukur tahun nih masih ade bonus special dan bonus tetap. Tapi tak leh nak belanja, kena simpan…gawak sih! Anak kedua, tahun 2009 akan amik UPSR. Awal tahun, kena start balik kerja kuat selepas rehat sebulan cuti sekolah.  Seminggu lagi, dah start hantar / amik mereka balik sekolah. Kurang lagi lah masa nak amik gambo nih…

Semoga tahun 1430H dan 2009 tetap memberikan seribu ‘kemanisan‘ buat kami walaupun ‘mendung‘  makin menghampiri

3 responses to “:: Hijrah

  1. salam hijrah
    kini aku lebih tabah dan berhati2 meneruskan kehidupan ini..
    semoga hijrah kali ini menjadikan kita lebih tawaduq..
    HIJRAH PERJUANGAN

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s