:: Matang


Along

Makin matang

Selamat hari jadi buat Along yg setahun lagi meningkat usianya. Besar dah anak babah. Dulu manje benor dengan atuk neneknya. Almaklum…cucu pertama. Kini dah masuk remaja, dan kematangan adalah segalanya.

Remaja hari ini makin kuat dipengaruhi oleh persekitaran. Bagaimana kuat kita mengawal keadaan, makin kuat godaan yang di lalui. Maka nak atau tidak, keseimbangan memenuhi kemahuaan naluri seorang remaja dan ketakutan melampau sepasang suami isteri. Dalam mencari keseimbangan, pasti ade yang menjadi pertikaian…biasalahkan!

matang

Kematangan membentuk personaliti

Kematangan ibu bapa membentuk anak-anak bukan sahaja terletak kepada ilmu yang dipelajari. Bukan semua perkara boleh diperolehi dari buku. Ade perkara kita dan mereka kena lalui sendiri. Ade perkara perlu difikirkan awal-awal luar dari perancangan. Dulu anak-anak jauh lebih mudah untuk di kawal. Kini istilah kawal tidak boleh di gunakan lagi. Mereka terdedah dengan ilmu samada yg salah mahupun yang betul. Yang pasti, mereka perlukan sesorang untuk berbicara.

Sabda Rasulullah s.a.w. “Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran).

Jelas sekali kita perlu tegur kalau salah, betulkan ape yang patut. Bukan biarkan mereka tanpa sebarang didikan ‘keras’ kerana mereka akan mudah leka dan lupa. Kita juga perlu menjadi teman kepada mereka sambil cuba memenangi hati mereka. Insyallah, susah anak nak derhaka dengan kita.

Buat Along, selamat melangkah ke alam remaja. Kami sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kegembiraan berpanjangan buat mu. Salam kasih mesra dari Ibu dan Ayah mu🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s