:: Gugur


Kemboja buat yg Gugur

Kemboja Buat Yang Gugur

Dua tiga hari ini waktu sarapan pagi, aku rasa tak selera langsung. Harian Metro yang aku baca, jelas menurunkan selera makan aku. Kenapa? Tak lain tak bukan, sebab ISRAEL...lahknatullah!!!

Mengikut berita TV, dah hampir 700 orang Palestine terkorban. Dalam masa 5 hari kalau tak salah, 700 jiwa orang Islam Palestine hilang begitu sahaja. Alangkah baiknya jika kita berada di kalangan yang gugur kerana kita yang tinggal ini nanti akan di persoalkan. YA, akan di persoalkan.

Ape yang kau lakukan bila Agama mu di pijak-pijak?

Ape yang kau lakukan ape bila saudara seagama kamu di lumati dengan bom-bom dan peluru?

Ape kah yang kau lakukan, pabila saudara seagama kamu yang punya kuasa, punya kudrat menentang dan menghalang kezaliman ini masih nyenyak tidurnya?

Apekah yang kamu lakukan untuk membantu zahir mahupun batin buat saudara-saudara mu yang huru hara sekarang?

Ya ALLAH, bantu lah saudara-saudara Palestine kami. bantu kuat kan iman mereka, bantu kuatkan semangat mereka. Turun lah sebesar-besar BALA buat angkatan maha zalim ini. Biar Zionis itu tahu, mereka bukan Tuhan, mereka bukan yang memerintah dunia. Biar zalim itu memakan diri mereka sendiri. Biar mereka berkubur dengan keegoaan mereka.

Ya ALLAH, kau angkat lah martabat mereka yang berjuang menegak kan agama MU yang maha suci ini, jihadkan mereka yang gugur membela mereka yang dizalami, sinarilah kubur mereka dengan cahaya diatas pengorbanan kerana gugur akibat peperangan ini. Biarkan darah-darah ini menjadi saksi, menjadi petanda kuat nya azam menetang kezaliman dan kebatilan haiwan bertopeng manusia.

Ya ALLAH, kalu doa diriku ini hanya kekecil hama, maka makbulkan lah. Setidak-tidaknya hentikan kemusnahan berlaku. kau turunkan hujan rahmat mu, kau turunkanlah cahaya kekuatan mu agar kezaliman ini berhenti dan mereka yang tak berdosa mampu menyelamatkan diri.

Ya ALLAH, jangan kau tarik dendam mereka. Jangan kau selubungi hati mereka dengan takut. Jangan sekali api kemarahan mereka padam. Biar mereka tegakan kebaikan, hapuskan kejahilan dan suburkan agama Mu Ya Allah…

Amin Ya Allah, Amin Ya Allah, Amin Ya Allah

Bantulah saudara mu dengan menyumbang setakat yang anda mampu ke tabung   “Fund for Gaza“. Sedikit sebanyak kita membantu rakyat Palestine dari jauh sambil di iringi doa dan harapan. Kalau kita berada di tempat mereka, mampu kah kita? Sumbangan anda boleh di masukan ke akaun Maybank di bawah…

Fund for Gaza”  514105-320501

Nombor nih aku amik dari laman NSTP. Sila confirmkan sebelum menyumbang. Aku bukan penipu, aku sekadar menyampaikan. Itu saja yg mampu dibuat selain menderma.  bantu lah mereka, biar sesen, besar nilai buat mereka. Insyallah…mereka pasti bersyukur!

Pada rakyat Palestine yang gugur, kuntuman kemboja putih buat mereka! Amin Al fatihah!

5 responses to “:: Gugur

  1. Sadis sungguh .. Kata ustaz, kita kene peka jugak dengan keadaan sekeliling, jangan anggap palestin tu jauh, kita buat derkk jer … cubalah membantu seiiring dengan kemampuan diri sendiri … Mazrul, ko pahlawanku …

  2. Ybee…kemana kau menghilang? Aku rindu pada mu…muahahahaha
    Sunyi rasanya kau tak de. Jom kita doa kan sahabat-sahabat kita!
    Bila nak teetee nih!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s