:: Raya Cina


angpau

Khas kepada semua rakyat malaysia yang berketurunan Chinese , Gong Xi Fa Chai!

4 hari lepas, aku cuti raya cina. Tak kemana, balik kampung kejap pasal cuti tak lama. Kena balik semula dek tugasan dan hal-hal lain. Boring betul! Ade sekolah tambah cuti, ade sekolah tak cuti. Macam mana nak cuti lama. Nasib tak plan gi mana-mana. Kalu tak susah jugak, dah plan tapi tak jadik pulak. Bengang aje…

Tahun nih spt aku kata tadi, tak gi mana. Kebetulan, kesihatan tak berapa baik. Kamera pun aku tak bawak, malas sungguh nak mengeshot. Entah ape ke jadah nye lah, mood tak ade nak amik gambo. Duduk rumah rehat, tengok tv aje. Last-last aku tido. Lama aku tak qada tidor aku nih. So dapat balik lah kesegaran nya.

Semalam sebelum balik bertugas, sempat mencari durian kampung. Berlegor jugak mencari. Akhir nya dapat lah dalam 20 bijik. Ape lagi bersila lah mengadap durian. Walau durian kampung, isiknya sedap. Belakang rumah ade lah 4 – 5 batang, tapi buah yg gugur ade lah 2 – 3 bijik. Tu yang tak puas hati, berlegar satu kampung carik derian. Sekilo 3 hinggit, kira ok la. kat sini mau dekat 5 hinggit kalu beli ngan apek kat gerai buah tue. Tue pun belom tentu fresh. Ini memang confirm baru jatuhnya…hijau lagi tangkai nya. Berpeluh dahi makan durian, sampai naik ke kepala panasnya. Yg tak bess…bila kentut baunya…PERHHHHH!

Balik semalam, semasa kat highway area tangkak, depan aku satu kemalangan berlaku. Jarak kereta aku dalam 4 kereta la. Amoi yg bawak kereta Iswara merah tue, entah macam mana boleh masuk site table, lepas tue dia balas balik, maka kereta nya berpusing  3 kali awangan sebelum jatuh di lorong kanan sekali, dengan kereta berpusing mengadap bertentangan bila mendarat. PERHHHHH…kalu tengok aksi filem orang putih, mcm tue lah. Mcm tak percaya. Nasib baik Raya China agaknya, pemandu nye seorang perempuan, keluar dari kereta dengan selamat, berdiri mcm orang hilang akal…tengak aje. Suami atau laki dia keluar dari sebelah penumpang, datang mententeram kan dia. Kereta yg belakang, semua start bagi hazard light dan perlahan. Ade yg berhenti memberi bantuan. Tapi aku tak dpt nak tolong sebab kesuntukan masa mengejar. Lagi pun, pemandu dan penumpang nye selamat.

Nasib memang menyebelahi amoi tue. Nasib tiada banyak kereta di belah kanan. kalu tak memang head on collision dan kemalangan akan jadi lebih ngeri lagi. Tue lah, kena sentiasa berhati-hati. Jalan tengah hari memang mengantuk. Kalu ngantuk berhenti la, jangan bahayakan orang lain. Amoi tue mungkin patut bersyukur, kerana dia mungkin cedera teruk. Tapi nasib menyebelahi dia. Elok suruh dia sedekahkan angpau kat orang susah. Baik kasi ONG balik! Aku tak de angpau, tapi penampao banyak…sape nak?

So selamat memandu! Gong Xi Fa Chai!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s