:: Kaya


Kerja

Mencari sesuap nasi

Hari ini utusan malaysia online melaporkan kira-kira 50,000 kakitangan kerajaan terlibatkan dengan skim cepat kaya. Skim yang jelas bertentangan dengan hukum syarak Islam, sentiasa mendapat tempat di ‘hati’ mereka yang percayaan kan keuntungan cepat tanpa kerja keras.

50,000 kakitangan awam terjebak skim cepat kaya

KUALA LUMPUR 30 Jan. – Ancaman baru dalam perkhidmatan awam.

Itu gambaran penglibatan kira-kira 50,000 kakitangan awam di seluruh negara dalam skim cepat kaya.

Umpama wabak mudah berjangkit, keadaan itu bertambah buruk apabila ada kalangan pegawai atasan termasuk ketua jabatan turut terlibat menganjurkan skim tersebut.

Penglibatan pegawai atasan itu menyebabkan ramai kakitangan bawahan terjebak secara rela atau ‘terpaksa’ sehingga menghimpunkan angka sebesar itu. “

Jika benar ape yang berlaku, amat sedih sekali benda nih terjadi. Kebanyakan pegawai dan kakitangan kerajaan, adalah mereka yang melayu dan beragama Islam. Adakah mereka berfikir mereka memang akan kaya? Adakah mereka fikir mereka boleh jadi senang tanpa bersusah payah. Dalam kalangan pekerja swasta jua perkara yang sama ade berlaku. Ianya boleh di katakan satu phenomena dunia dimana selagi ade DUIT maka ianya boleh berlaku. Dan ianya cepat merebak di antara telinga-telinga manusia yang sentiasa ‘mahukan’ sesuatu dari kehidupan. Halal haram bukan penentu lagi

Bangsa asing berduyun turun Malaysia kerana mencari pekerjaan. Nape mereka susah-susah datang Malaysia nak bekerja. Negara kita umpama lubok emas pada mereka. Setiap inchi peluang mencari duit mereka lakukan. Tak de kekesalan mahupun rasa malu menyelubungi perasaan mereka. Yang penting, HIDUP KENA TERUSKAN.

Personally aku memang tak pernah percaya akan Skim-skim macam nih. Antara persoalannya, dari keuntungan yg mudah, tak ade istilah FREE LUNCH dalam dunia yang memerlukan kita bayar 20sen untuk masuk tanda. Selagi ekonomi berteraskan kapitalis, selagi tue, manusia akan tetap mementingkan duit. Dan manusia akan tetap menjadi manusia, tamak haloba sebati dengan fikiran manusia yang lemah.

Lagi satu, kita tak tahu sumber yang gunakan unttuk mendapat keuntungan. Halal haram, perlu jelas di gariskan. Hati akan menjadi hitam, jiwa akan membatu, perasaan tak pernah tenteram dan hidup tetap tak akan berkat walau di hiasa permata bergelipan. Macam Ustaz Ismail kamus kata, ianya penyakit hati! Walau macam mana godaannya, pokok pangkal prinsip kita perlu kuat. Kalu tak, ape jua bentuk ‘perniagaan’ ini akan terus berkembang.

Ape lagi penyakit yang akan melanda umat Islam kat dunia nih. Lepas satu, satu. Agaknya kalu di listkan, tak kan ade penghujungnya. Cuma bagi mereka yang sedar, ‘sentuhlah‘ mereka yang bermimpi. Setidaknya kita mengingatkan mereka. Kalu pilihan mereka tetap yang sama, maka kita ingatkan orang-orang disekeliling mereka. Ingatlah jangan kita makan benda yang haram. Jangan sampai bumi tak terima kita…SubhanaAllah!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s