:: Happy Birthday Najwa!


najwa

Birthday Gurl!

Hari ini genap lah setahun umur Fatin NurNajwa yang di kasihi. Besar dah anak abah nih. Tak de buat majlis ape-ape. Sekadar doa selamat anak beranak aje lah. Dia pun baru setahun jagung. Nak buat majlis makan-makan pun, bukan dia paham. Bukan nye kedekut tau😉 Nanti tahun kedua baru buat birthday party. Baru besss…

010209-073

Gambo dulu!

Setelah bersarapan, kami ke Zoo Johor untuk bersiar-siar. Lama dah tak kesana, kamera pun lama tak beraksi. Simpan dan beg pun berkulat jawapnya. So terasa excited pulak nak pegi Zoo nih…aku lak yang lebih.

Nampak keseluruhan Zoo Johor berubah sikit dari penampilanya. Kandang nampak lebih baik. Pada aku nampak lebih bersih dan tersusun. Cuma sangkar yang ada masih tak sesuai lagi di gunakan. Kerajaan Johor kena pertimbangkan Zoo ini di pindahkan ke satu tempat lebih sesuai spt area Kulai atau Ulu Tiram dimana lebih banyak ruang dan kandang lebih mesra alam macam Zoo Melaka atau Zoo KL. Malah area Nusajaya pun boleh di rizabkan area utk Zoo baru.

010209-086

Adik..gajah tue!

Jadi tak lah boring nanti penduduk area tersebut. Ade tempat untuk beriadah. Pada aku, aku kesian pada bintang yang ade. Nampak stress aje…gajah pun menangis! Namun satu pujian buat pengurusan sekarang kerana berjaya menaikan ketrampilan Zoo Johor.

Buat Najwa pula, moga menjadi anak yang solihah dan berjaya dalam hidup. Setiap langkah akan kami awasi, kerana ia tanggung jawab kami.  Berbahagialah anak ku, kami akan sentiasa bersama-sama mu. Berkongsi setiap detik, susah mahupun senang. Kami menyayangimu sehingga ke akhir hayat kami…Insyallah!

SELAMAT HARI JADI BUAT NAJWA !!!

7 responses to “:: Happy Birthday Najwa!

  1. Alahai Najwa ku cayang.. comel molek beno wajahmu itu. Jom ke rumah uncle, kita ajak abah main pondok pondok..

    Untuk Abah Najwa, tahniah kerana sentiasa berusaha menjadi abah yang baik. Tulisan kao ni best best dan melambangkan semangat kekeluargaan.

    Tapi ada gak yang aku tak puashati. Ada ka kao nak suruh pindah zoo tu ke area aku iaitu Kulai / Ulu Tiram. Bau la bro… hehehe….

    Najwa, gambar kamu ngan burung tu, ayu nyer…. cayang Najwa …

  2. salam bro mazrul, sweetnyer fatin.
    hehehehe bolehlah athir rakin mengorat. ehehehehehe..
    idung berdarah.. huiiii dah banyak kali dah….
    tapi badan sihat debab camtu gaks. kekekekek..

  3. didiz, mungkin athir jadi seteru adam nak usha.kitorang dekat je ni.slalu leh jengah2.wakaka.

    mazrul :tahniah.esok mlm jgn lupa.

  4. Ijat..salam
    Bila nak outing shoot budak-budak…ramai tue, wks, ijat, saya, tenno, ajek, azmier, abeja…whybee…tak boleh, suruh dia project satu lagi!

    whybee…
    tempat kau tue memang tempat gajah lalu lalang…cantek la tue

    Didiz…
    No hal…anak kau pun hensem mcm bapak jugak!

    Ajek…
    Anak kau pun nak usha jugak…anak ijat atau anak wks pun ok jugak!

  5. Taniah Untuk bro…Najwa dah setahun dah…Kejap jer masa berlalu…..Bila nak tambah lagi sorang……Ainin ada kawan ler dah sekarang…hehehhee

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s