:: Celaru


cluster-12094

Poning Den

Dua tiga minggu nih,celaru sungguh fikiran aku dek kerja. Banyak keja yg outstanding tak ku sentuh, banyak jua perkara lain nak ku buat. Bosan pulak aku dibuatnya. Terasa nak amik cuti aje rasanya… Lama tak MC nih…bisik setan gondol pada ku. Rasanya belom lah nak MC lagi. Jarang aku amik MC. Biasa setahun ade lah sekali atau dua. Entahlah jarang sakit…syukur alhamdulilah Allah S.W.T tempat kita berlindung.

Biasanya pepagi lepas hantar anak kesekolah, aku melencong ke Warung Pak Ali. Masa untuk  mengisi perut yg hampir boroi nih. Ape lagi order Nescafe panas…roti kosong 2 keping, Harian Metro…
masa merehatkan minda ku bermula.

Namun kebelakangan nih, nape tiap kali aku baca Metro bercelaru fikiran aku. Dari masalah politik di Perak hinggalah masalah jenayah yang tiada penghujungnya. Rogol sana, cabul sini, tembak sana, ragut sini…dan macam-macam lagi lah. Ini kah yg aku dapat bila beli Metro? Ape dah jadi pada negara kita? Hilang sudah maruah diri anak bangsa. Kerana politik kita bercakaran. Masing-masing nak rebut kuasa.
Undang-undang (serba tak sempurna) diguna pakai mcm tak de nilai. Dah sah memang tak sempurna. Baik tak payah undang x2. Hidup zaman batu lagi baik…sape kuat dia memerintah! Abis citer…tak payah poning-poning. Maleh den nak cakap. Semuo orang rasa dio botul. Mamak kodai pun kato dio botul, mat bangla bawah jembatan pun kato dio botul. Sapo yang nak kato dio salah. Memang tak salah pun, memang tak do orang nak mengaku dio salah! Botul lah tue…

Aku pun rasa aku betul jugak. Pada aku, pulangkan kuasa kepada rakyat. Biar rakyat yg menentukan. Itu lah yang seadil-adilnya. Piliharan raya pun guna duit rakyat. Duit den pun ado. Duit atuk den pun ado.
So tak kan tue pun nak suruh rakyat fikirkan. Baik tak yah ado pemimpin.

Pada yang bertelagah, korang duduk diam-diam.
Biar rakyat tentukan arah tuju korang. Bukak balik gelanggang. Korang taburkan janji (kosong?) korang. dapek masuk TV. Dapek masuk suratkhabar. Dapek duit  ngundi, dapek duit berkempen. Tue semuo duit sapo? Duit  rakay ado, duit sponsor pun ado. So kalau dah monang, kono sombah sponser, jadi adik beradik sampai mati! Mako wujudlah kroni ye tak?

Harapan aku cuma satu sahaja. LU PIKIRLAH SENDIRI!!!
Jangan sarapan pagi aku tak diganggu lagi…

2 responses to “:: Celaru

  1. Memang kadang ada kebenaran cakap saudara tu, terlalu bercelaru masalah negara kita sekarang ni. Kadang saya pun rasa malu dengan paparan media. Ulasan para ahli parlimen hatta menteri pun kadang seolah mengajar kita, sebagai rakyat, menjadi orang yang mulut celupar ..

  2. Tu lah yg kita orang nak lantik kau jadi YB tue. Hanya kau lah bakal menyelamatkan dunia yg makin gersang nih.
    Jek…kalu kau jadi YB jgn lupa kan aku dah la…kita kan kroni!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s