:: Macam-macam


nadia3

Salam!

Dua minggu nih macam-macam yang berlaku. Dari amik gambar orang kahwin, sampai yang kisah sedih kehilangan seorang kawan. Tu yang blog pun tinggal lama tak berupdate. Sapa yang singgah, harap maaf, nih nak update balik.

nadia5

So first sekali nak ucap tahniah pada anak buah aku, Siti Nadiah Ali kerana telah selamat di ijab kabulkan dengan Saiful Amri (orang Pahang) pada 7hb June 2009 yang lalu. Pernikahan dan majlis pada hari yang sama. Meriah dan sederhana bagi memenuhi hajat pengantin yang mahu kan majlis yang mengikut sunnah dan penuh kesederhanaan. Pada aku, aku memang setuju dengan pendekatan tersebut. Walau majlis perkahwinan adalah sekali seumur hidup (kecuali yg mampu, 3-4 kali selama hidup), yang penting soal bijak berbelanja, tidak membazir dan sesuai dengan keadaan, amat patut di contohi.

nadia

Aku kena amik gambo semasa majlis. Dengan berbekal lens kembara aku nih, aku belasah aje. Tak de rules, sebab al maklomlah aku tak pernah mendapat ‘pendidikan’ formal dlm amik gambar orang kahwin nih.  Tak pernah ‘tag along’ mana-mana photographer wedding nih, walau hampir 90 peratus kawan bidang photography yang selalu aku join adalah wedding photographer. Hasilnya aku pun tak pasti bagus ke tidak, sebab aku bukan wedding photographer. Ramai photographer kat luar tue, dia suruh jugak Pak Su dia amik. Maka natijahnya, risiko kena tanggung la…hahaha!

saiful

Insyallah, nanti dah siap album (bukan custom album tau!) Pak Su akan serahkan. Harap jangan terkejut beruk tengok hasilnya. Takut aku sendiri yang terkejut..muahahahaha! Ape-ape pun Selamat Pengantin Baru, moga hidup mu lebih teratur, diberkati dan menjadi isteri yang sentiasa di hati sang suami! Ingatlah, kamu saling lengkap melengkapi. Insyallah bahagia seumur hidup! Amin!

Nanti gambar pak su up kan lagi..k!

Kisah kedua, seorang kawan, baru sahaja kehilangan seorang suami ketika dirinya sendiri berada di hospital untuk rawatan barah. Sesungguhnya, dugaan Allah S.W.T tak mengira masa, tempat, mahu pun sesiapa jua. Semasa majlis pengkebumian, si isteri menziarahi dengan berbaju hospital. Hati mana tak sebak. Hati mana tak rasa sedih. Dugaan sebegini belum tentu kita dapat pikul, jika melaluinya. Buat Faizah, anggaplah dugaan ini sebagai tanda kasihnya Allah S.W.T pada kita. Jangan cepat putus asa. Kerana semangat dan kekuatan di perlukan untuk berjuang melawan barah. Fikirkan yang terbaik buat anak-anak. Kami sekeluarga, berdoa agar pintu rahmat dan kasih Allah S.W.T tetap terbuka menyenari kebahagian anda sekeluarga.  Cucuri rahmat buat arwah, semoga dia di tempatkan dikalangan orang-orang terpilih.

Amin!

6 responses to “:: Macam-macam

  1. >> segala sesuatu yang berlaku itu telah disuratkan…
    >> sebagai insan kita hanya mampu menerima dan tawakal atas segala apa yang berlaku…

  2. Jek…aku blajar dar kau la…

    Jeff…Betul bro…kita kena brani hadapi dugaan. Redha itu penting!

    Ciut…Pak Su tumpang gembira juga.

    Zeyrol…Mekasih singgah!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s