:: Selamat Hari Bapa


atuk

Seperti tahun-tahun sebelum, hari ahad minggu ketiga bulan jun, telah di gazetkan sebagai Hari Bapa Sedunia. Sapa yang gazetkan, aku pun tak tahu. Yang aku tahu, pengorbanan atau pengiktirafan status bapa / ayah tue rasanya mula dari penyatuan benih dua mahkluk Allah S.W.T dan tak akan berkesudahan sehingga nyawa di panggil. Walau duduk tempat ke 4 di belakang ibu, sekurang-kurang hari yang di gazetkan tue, boleh lah request special sikit ngan anak-anak.

Aku pun pepagi call ayah aku. Tanya khabar sambil mengucapkan Selamat Hari Bapa walaupun dua hari lepas aku dah call. Aku tak panggil abah/papa/abuya/baba. Aku panggil ayah. Tak kahu kenapa. Anak-anak aku panggil aku, abah atau baba. Mungkin ia mengambarkan peranan/gaya seorang ketua keluarga itu agaknya. 

Ayah aku memang garang. Tapi aku tetap sayang kat dia. Walau kami jarang mesra lantaran sering berjauhan semasa aku kecil/remaja. Aku di kampung dan asrama, ayah di bandar mencari rezeki dalam suasana ekonomi zaman 80an dulu yang serba susah. Tak salah kan dia. Dah memang situasinya begitu. Namun setiap detik yang ade, kami gunakan sepenuhnya. Baru-baru kami ke Port Dickson untuk menghabiskan cuti sekolah bersama-sama anak-anak aku. Suka aku melihat dia gembira mandi manda, makan durian dan satay bersama. Walau kejap, ianya amat bernilai bagi aku. Insyallah, nanti kita gi jalan lagi ye!

Buat ayah, kami sekeluarga menyayangi mu. Aku selalu berdoa agar aku beroleh masa untuk berbual bicara, borak-borak dan mengembirakan hati mu. Terima kasih atas pengorbanan mu, terima kasih atas didikan mu, terima kasih harta benda mu (Vespa) dan terima kasih kerana menjadi Ayah kepada aku dan Suami yang baik buat Ibu ku. Semoga di panjangkan umur, dikuat kan kudrat untuk beribadah dan menyusuri setiap hari mendatang. Amin!

Selamat Hari Bapa buat Tuan Haji Zainudin Bin Haji Moh Noh dan juga Tuan Haji Mohd Noor Bin Haji Shafie (bapa mertua).

 

p/s – Takziah buat Zarina (elly) dan Jai yang baru sahaja kehilangan Ibu tercinta pada Sabtu 20/6/09. Semoga roh nya di cucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan orang beriman. Amin!

6 responses to “:: Selamat Hari Bapa

  1. akum,
    slamt alie bapa untuk anda…
    tahniah kerana anda mendpt ank bertuah mcm saya wakakakaka….

    semoga papa berbahgia dismping keluarga disana..
    satu permintaan kakak nak
    1.papa masak somthing smpena arie bapa
    2.kakak nak nikon dslr 260…

    best gler kalau dpt..
    syg papa

  2. Mazrul, takde ke sambut hari `kawan’ pulak .. Kalau ada, engko lah orang pertama yang aku akan call ..

    Kebelakangan ni, kalau aku baca blog kao ni, memang rasa bessst sangat. Sebab tulisan kau ni dah masuk kategori dakwah. Iaitu disamping cerita cerita biasa, ada unsur unsur menginsapkan dan pengajaran buat semua.

    Dah lama betul kita tak berjumpa. Kalau kao ada masa, ziarah lah aku kat masjid tempat aku, sambil sambil tunggu isya’ tu boleh jugak kita borak borak pasal akhirat. Kalau seronok, kita sambong lagi borak tu sampai subuh. Dipertengahannya, kita break la kejap dengan qiamulllail. Kau lead la bro, sebab kau ilmu agama lebeh sket..

    hehe… Aku tak tau la bro, kau ni memang salah sorang sahabat yang paling aku sayang.. padahal engko bukan pernah bagi aku duit ribu ribu pun…. hehe…

    Walau pun aku ketawa hehehe.. tapi aku cakap tu ikhlas bro… hehe

  3. >> ayah…
    >> insan yang sering tidak mendapat tempat sebagaimana seorang ibu…
    >> walhal tanpa salah satu daripada mereka, kita tidak akan ada di dunia ini…
    >> happy father’s day to all fathers…

  4. salam kawan…
    aa bro.. yg kt benut tuh..tp plan asal bertukar ke tepian pantai… hehe.. pengantin penat..dan juga kwn sensorang shoot..xde sapa nk mintak pegang gajet2.. lalala…

  5. Along…nak dslr kena dapat 8A

    Jek…kau kan dah ande kawan Noja Tmn Suria si Abeja tue. Dia ilmu lagi tinggi. Kalu nak tinggi lagi, WKS pun tinggi ilmu dia. aku baru laie mcm startup kit aje.

    Jeff…betul jeff. peranan ayah dulu ngan sekarang tak sama. Dulu ibu tak keja, skrng ibu bapa keja. jadi tanggungjawab tue kena sama rata.

    Rinz…sorry la tak dapat nak tag ngan kau! Lain kali la bro!

  6. diawal pagi tersebut..
    aku juga mendapat ucapan selamat hari bapa daripada adik aku melalui sms..
    dan mlm sebelum itu isteri tercinta awal-awal lg mengucapkan ucapan indah tersebut,,, terharu.. lagi aku terasa terharu bila mengenangkan isteriku yang tiada mendapat kasih sayang seorang ayah setelah kehilangan AYAH seusia 5 tahun..kini aku sedar… aku akan terus berikan dia kekuatab dab kasih sayang sepenuhnya..
    dari kejauhan izat ingin mendoakan.. semoga kita sebagai bapa menjadi insan yang mampu mengarab keluarga yang cemerlang, terbilang dan gemilang dalam konteks yang sihat serta disaduri nilai islam dan iman yang sempurna.
    AMIN
    salam sahabat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s