:: Heran!


Heran

Pagi-pagi buta tadi aku ke Batu Pahat menjenguk anak yang bersekolah di sana. Dah 3 minggu tak jumpa, rindu benor si maknya ngan anaknya. Bapak nye pun sama. Pepagi ahad kekadang, malas tue memang ade. Nak memandu 2 jam, penat noe rasanya. Kena pulak, semalam menumpang main bola tampar kat rumah Ajek Silver dengan dia, senggal satu badan sebab lama tak main volleyball.

Tapi pepagi memandu nih, yang paling geram sikap pemandu zaman sekarang. Heran sungguh aku ngan dia orang nie. Tak de displin, tak de pikir langsung pasal keselamatan. Nie yg aku nak citer, dari pagi memandu, sampai lah kat sumah jam 8.30 mlm tadi.

Memula pagi tadi, ade satu motor cap chai, duduk tengah lorong laju kat highway pasir gudang. Selamba datuk nenek dia jalan lorong kanan tue. Bila aku rapat nak tonjol tayar dia, baru dia nak ketepi. Tue pun muka mcm kucing nak bersalin. Aku bawak motor, ehh salah, menunggang motor dari vespa sampai la suzuki fzr150, tak penah jalan mcm tue. Ade harapan mamat nih jilat tar jalan satu hari nanti.

Sepanjang jalan ke parit sulong, ok aje. keta tak banyak. Bawak pun releks aje. Lepas gi tengok anak, gi Alor Gajah untuk hantar orang rumah gi rumah abang ipar. Masa lalu kat jalan pekan pagoh tue (nak masuk highway pagoh), sedang cue ngan lori kecil, citra, aku dan belakang ade perdana, tetiba dari mane entah, ade sebijik keta kancil, memotong belah kiri. Terperanjat aku. Menyumpah lagi aku. Mane punya undang-undang korang belajar nie. Kalu time jem kat highway, orang selalu buat, nih kat jalan persekutuan. Bahaya tol. Berdebar lagi jantung aku.

Balik dari Melaka (sorang, sebab orang rumah balik kampung ngan abang ipar, aku tak dapat nak amik cuti) berderau lagi darah aku. Kali nie, orang singapore ngan kereta mewah putih, cardina kalu tak silap. Dari kanan, celuk masuk lane kiri sekali (3 lane – air keroh), lepas tue dia celok balik ke kanan, sikit lagi nak kena keta lane tengah depan aku Kena tekan brek, bederau darah aku. lepas tue celok balik ke kanan, dan terus pecut laju. Mcm nie kah orang singapore, (kalah ngan liverpool 0 – 5, padan muka) bawak keta. Keta mewah, akai tak de! Aku nak suruh polis naik kan saman bagi kereta asing 3 kali ganda nilai saman kita. Baru insaf sikit mereka nie.

Lepas tue sampai kat sedenak, dlm kol 7.00 mlm, satu kereta MyVi pulak pakai lampu biru, mcm nak suluh pawagam. Terang yg menyiksa pemandu depan. JKC3??? plate dia. Aku rasa dia baru pasang benda nie, dan tak adjust turun lampu dia. Tu yang mcm lampu projector wayang…biru mata aku. Sampai kat higway pasir gudang, sekali lagi berderau darah aku, keta waja, masuk side table kanan. nasib baik dia dapat control balik, kalu tak sure eksiden. aku kat belakang dia, tapi jarak aku ngan dia memang selamat. Tapi berderau sebab berlaku depan mata.

Kalu mcm nie selalu cepat kita mati mcm nie. Kematian dek eksiden, jauh lebih banyak dari sakit H1F1 atau kanser atau stroke (dah arwah dah si Yasmin tue. Aku memang tak suka wayang dia, ade niat tak baik). Setiap hari kita gadaikan nyawa utk bergerak. Setiap kali itu juga kita memperjudikan nyawa orang lain semasa ade di jalan raya.

Mcm aku yg dah ade training defensive driving, faham penting nya kita perlu ade ilmu memandu nih. Mcm company aku, kami ade, defensive driving, peer drive, commentary drive, 360 driving, vehical safety utk program keselamatan. Supaya pekerja boleh pulang bertemu ngan keluarga selepas bekerja ngan selamat. Aku bukan nak berkempen, tapi bila kita ade di dalam kenderaan, pikir lah risiko dan kesan nya. Jangan kita menjadi sebahagian dari statistik Polis.

Fikirkan lah demi keluarga! Berhati-hati lah semasa memandu!

7 responses to “:: Heran!

  1. >> bab ni kat mana mana pun sama bro…
    >> dia org bukan nak pedulikan org lain…
    >> pernah gak ada mamat motor boleh marah saya masa saya nak belok kanan…signal dah bagi tapi dia memandai nak potong kat sebelah kanan pula…
    >> tahu nak marah tapi takut pula bila org berhentikan kereta…
    >> hampeh je…

    ps : thanks for the birthday wish… :->

  2. ::: maaf saya send sekali lagi

    ::: betul kata bro jeff tuh, kat mana2 pun sama ajer karenah pemandu Malaysia nih, berbeza dgn negara maju yg lain, peraturan tuh tak perlu diajarpun.. spt cerita kawan2 yg belajar luar negara, katanya jika di trafficlight, motosikal tak akan menyempit mencelah ke tepi kereta, sekiranya mereka datang dari belakang, maka mereka stop motor di belakang juga.. susah nak educate org lain, tapi kita sebagai pemandu berhemah nih [hehehe] kita ajar anak2 generasi sekarang peraturan di jalanraya.. jangan cakap tak serupa bikin.. kena balik kat kita nanti [huhu].. biasaklaa highway pasir gudang, byk sangat kenderaan, lori besar gedabak kongsi sekali dgn kancil yg comel.. tuh belum masuk bab pukul 8am & 5pm ataupun accident, boleh menyebabkan kesesakan yg melampau.. bilalaa highway baru nak siap nih?.. tapi nampak gak progress kat permas jaya & kong2 tuh.. dari segi pengamatan, saya lihat setiap negeri ada sikap2 tersendiri dlm pemanduan, tapi taknaklaa kutuk mana2, nanti ada yg marah2 tapi yg pasti kalo org bandar mesti bawa laju2 [hehe] mcm saya ler.. kalo tmpt tuh jalannyer sempit, tapi kereta byk, mmg sukee bawa kenderaan sipi2, pakai potong ajer, belok tak beri isyarat [haha].. tapi ini pendapat ajer.. ada gak di kalangan mereka yg masih mematuhi peraturan.. alhamdulillah.. keep on blogging bro!

    ~ ::: ReActivateZul :::

  3. diorang ni bawak je kereta honda civic..tapi tak der kesedaran sivik langsung…pegi belajar ambik lesen kereta, test lesen kereta..tapi bawak pakai lesen anjing..

  4. mane2 sama je.. tp mmg wat hot kalo kt hi-way laa.. time2 jem pun sibuk nk potong belah kiri.. pastu kt depan nyusahkan org.. org lain pun nk cepat gak.. letak je saman 3x ganda kalo kantoi kt hi-way time jem.. polis pun bergerak la sama… naik je motor tu, lawan arus.. hehehe

  5. Aku ada sorang kawan kat Taman U. Budak tu fotografer. Aku pernah tumpang keter dia. Wow .. Laju giler dia bawak. Kalau lewat sampai ke destinasi masa tu, mau muntah aku dibuatnya. Nak terkencing pun ada. Tapi … haaa. ada tapinya…

    Dia tak menyusahkan pemandu / pengguna jalanraya yang lain. Dia laju dan gila gila untuk dirinya sendiri. Sebab dia konfiden dengan kaedah pemanduannya. Patut lah dia ni selalu tepati masa bila deal ngan aku. Nama dia start dari huruf A ..

    hehe… mintak mintak, janganlah dia masuk sini… huhuhu

  6. Aku ada pengalaman di Pekanbaru, Sumatera. Kalau di Malaysia, orang hon – tanda marah. Kalau disitu, orang hon – tanda bagi hormat dan suruh jalan.

    Kalau tiba simpang tiga contohnya. Kereta yang jalan terus tu yang akan memperlahankan kenderaannya, sambil hon sikit tanda suruh keluar. Keter yang nak keluar simpang tu yang dibenarkan keluar dengan mesranya.

    Tu kat Indon tu bang.. kat sini? jangan haraplah nak keluar simpang dengan mudah… kene brani beb..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s