:: Perginya tak kembali


Ustaz Asri

Gambar yang di ambil dari Blog Ustaz Asri sendiri, sebagai kenangan! Layari lah http://asrirabbani.blogspot.com/

Sebutir lagi bintang gugur dicelah-celah kecelaruan kehidupan dunia yang bercelaru sekarang. Seorang pendakwah, seorang budiman, seorang yang punya aura yang kuat dalam berdakwah mengikut caranya. Dakwah melalui lagu-lagu, zikir-zikir dan bacaan Al-Quran yang lunak di dengar dan mendamaikan. 

Namun Mohamad Asri Ibrahim   (Ustaz Asri), Allah s.w.t lebih menyayangi mu. Semoga kau di tempatkan di kalangan orang-orang yang terpilih. Semoga usaha-usaha mu membimbing dan berdakwah melalui lagu dan suara mu akan di berikan sebaik-baik ganjaran di sisi Allah s.w.t. Diharapkan keluarga Allayarham akan dapat bersabar serta redha dengan pemergiannya. Kerana satu hari kita tetap akan pergi dan tak akan kembali. Namun yang hidup, kehidupan tetap kena teruskan. 

Kata-katanya;
Aku adalah pengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat;aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku…

Al-Fatihah buat Ustaz Asri – Pergi Tak Kembali

 

Rabbani – Pergi Tak Kembali

Setiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada…lemah tak bermaya
Terbuka hijab di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisahlah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya

Amalan dan takwa jadi bekalan
Sejahtera bahagia pulang…ke sana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal-bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi

 

4 responses to “:: Perginya tak kembali

  1. >> selamat menyambut ketibaan bulan Ramadan yang mulia…
    >> semoga Ramadan ini akan semakin mendekatkan diri kita denganNya…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s