:: Borak Photo


Sessi perkongsiaan

Gambar ihsan dari Azmeir - EK Photography

 Seminggu dah kita berpuasa. Rasanya kejap benar masa berlalu. Tak terasa sangat puasa macam zaman kanak-kanak dulu, seminit seakan-akan jarum detik tak bergerak langsung. Adakah aku hilang nikmat puasa itu? Harap-harap jangan lah begitu.

Semalam aku sempat lari ke Larkin Perdana, lebih tepat lagi ke Pejabat Persatuan Arkitek Malaysia (caw. johor agaknya) untuk satu sessi ilmu. SMS dari Yus (Radiohed) pukul 1 pagi dua hari sebelum majlis ini, ‘merangsang’ aku hadir ke majlis ilmu ini. Dan setelah confirmkan ngan si Ajek (Ajek Roobishprojeck), KIV kan tempat aku, maka hadir lah diri aku pada malam tadi. Banyak sangat syarat di letak oleh Yus, nak kena pakai kasut la, nak sikat rambut la, tak leh bawak kamera la (tu yang kena sedut gambar dari azmier tue) untuk jumpa Photographer UN nih. Ape-ape pun ianya memang berbaloi.

298498Majlis borak photo nih adalah anjuran Yus dan Azmier. Dan VIP nye ialah ALESSANDRO SCOTTI , Italian photojournalist dan Goodwill Ambassador untuk United Nations Office on Drugs and Crime (UNODC). Dia tiba ke Malaysia dan bandar johor bahru untuk satu projek anjuran UN iaitu UN-Habitat. Malam tadi dia berkongsi pengalaman dan penceritaan sepanjang penglibatan dalam photojournalism yang menjadi minatnya. Paling menarik, dia berkongsi slide show tugasan berkaitan dadah di seluruh dunia. Dari afganistan hingga negara america selatan, penceritaan pengalaman mengundang soalan-soalan dan juga minat mereka yang hadir. Soalnya sejauh mana anak watan kita mampu pegi sejauh mereka. Rasanya dalam ramai-ramai yang hadir tue, si Yus tue yang mempunyai minat mendalam dalam photojournalism. Yang lain macam aku nie, rasanya tak sampai ke tahap tue.

Sessi Bergambar

Gambar ihsan dari Azmeir - EK Photography

Keseluruhan event berjalan lancar. Cuma pada aku, ade yang borak-borak kat belakang tue, agak ‘menganggu’ sikit majlis bila suara tue agak kuat. Hphone pun tak nak silentkan. Termasuklah hphone si Jek Jenggo. Tapi dek dia bawak video kesayangan dia tue, maka kami maaf kan. Btw…bila nak load video. Selepas tue pulak Saudara Tok Rimau menayangkan filem bumbung orang lantai aku. Pengkisahan kehidupan di sebuah Flat paling popular di Johor iaitu Flat Buki Chagar (yg dah ghaib). Citer yg bagus. Gelak besar kita orang bila Didiz dan lanrasso (ustat) berlakun. Aku dulu duduk dekat ngan Flat bukit chagar tue, Appartment kerajaan. Jadi selalu gi kedai kawasan tue dan pasar malam nye. Lepas mereka roboh kan utk buat CIQ tue, rasanya lama dah aku tak ke sana. So bila tengok citer BOLA nie, teringat sejarah duduk kat situ.

So terima kasih Yus, ALESSANDRO, Azmier, Razak dan Jali Tok Rimau. Perkongsian ini akan berterusan…insyallah. Mungkin Yus sendiri buat kelas. Pada yang datang (hampir 30 orang) spt didiz, abeja, din, ayares, Amrul worih, phewit, hakim, abng put, tenno, trisno, shadie, red, yon dan lain-lain yg aku ingat namanya, semoga jumpa lagi!

Dan buat Ajek…Tahniah atas kelahiran sorang lagi putra. Yang kelakar, si Yus buat pengumuman macam nak umum puasa/raya…wakakaka!

 

4 responses to “:: Borak Photo

  1. Sori bang, nak betulkan fakta sikit; yang bunyi henfon tu bukan aku punyer ler, itu anak aku si Adam punyer… Aku memang galakkan anak aku pakai henfon, walaupun henfon cap basikal… gunanya untuk call aku kalau-klau ada kecemasan kat sekolah agama dia .. hehe.. Yang bagusnya ustaz sekolah agama dia, tak kisah pun dia pakai henfon, kerana mereka tahu, anak aku dah terdidik ngan sivik dalam menggunakan henfon.

    W/bagaimanapun , terima kasih kat kau kerana hadir, tanpa kau, kurang meriah sikit. Ni lah satu program PREEEEE tapi nilainya amat tinggi.. Syabas buat Yus, Azmeir dan konco2 nya …

  2. Huhuhuh…Apasal tak der org invite aku pun……Aku tersisih…Hehehehe…
    Apapun memang best belajar sesuatu dari org yang berpengalaman….Ilmu dia banyak gunanya untuk kita…..

  3. Jek…
    Baguih betul kau, belikan anak hp.
    Sorry la, bukan nak tuduh kau, tapi nak kenakan orng sebelah aku tue, imam tmn suria! Takut dia blasah aku balik. Kau ok kan jek!

    Jeff…
    Dah dua minggu kita berpuasa…lagu raya dah berkumandang sana sini. Kalau tanya aku, tahun nie, rasa soal ibadah dlm bln puasa nih, teraa lebih baik dari tahun lalu. Harap berterusan hendaknya…

    wks…
    wan..senyap aje kau. aku mati-mati ingat kau ade malam tue. Ajek taruk nama kau dlm list. Aku ingat kau tak datang sebab orang rumah tarik, tak begi keluar! wakakaka!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s