:: D’ Days UPSR2009


Hisyam

Alhamdulilah selepas menanti hampir 2 tahun, esok anak ku Hisyam akan melangkah ke dewan peperiksaan untuk Ujian UPSR. Berdebar rasanya buat kami sekeluarga. Rasanya baru ari tue kakak nye menghadapi ujian yang sama pada tahun 2007. Kini perasaan itu kembali lagi.

Anak kedua si angah, Muhammad Nur Hisyam, pelajar tahun 6 Arif Sekolah Kebangsaan Pasir Gudang 1, sentiasa becok mulutnya bila berada dikalangan kawan-kawan dia. Sampaikan 2 kali aku jumpa Cikgu Kelas, Cikgu Azah, dua kali jua lah dia mengatakan akan perangai si angah yg suka berbual. Tah mana dia dapat genetik berbual nih aku tak tahu. Aku bukan becok pun mcm dia. Tapi dalam becok-becok dia, aku paham perangai dia. Aku senang dengan caranya. Jadi kalu aku nasihat, dia pun paham. Cuma bila dah start borak, ape lagi. Tue yang menyebabkan dia disenangi oleh ramai kawan. Dalam pada tue, sempat jugak aku try tanya, ade budak pompuan hantar surat kat dia tak? dia mengaku ade. tapi dia kata dia tak layan. Aku percaya cakap dia. Sebab dia ade ‘taste’ dia sendiri. Namun yang penting buat dia, dia nak berjaya. dia ade cita-cita nya. Aku akan support selagi terdaya, yang lain dia kena buat sendiri.

Rasanya berapa ramai ibu bapa kat luar sana mengharapkan keputusan yang baik buat anak mereka. Tak de yang tak nak anak mereka maju. mana lah tahu satu hari nanti, anak mereka ini yang mengubah tarap hidup, cara hidup dan pengalaman hidup keluarga mereka. Sanggup mereka berhabis wang ringgit untuk buku-buku dan tuisyen. Kita sendiri sebagai ibu bapa hanya mampu membantu dalam pelajaran mengikut kebolehan sendiri, jadi bila soalan yang dikemukan tak dapat jawab, maka kena outsource maklumat dari guru atau kelas tuisyen. Jadi yuisyen bukan satu lagi pilihan, sebaliknya kemestian. Setidak-tidaknya anak-anak tak leka ngan benda lain. Ade yang anak-anak leka ngan basikal dan menghabiskan masa dengan cybercafe. Bagaimana anak nak maju ngan pejaran bila minda mereka dah dikelilingi oleh perkara yang melekakan mereka. So bila kita tak de ilmu menjaga anak, natijahnya, anak akan terbiar dan masa depan mereka terumbang ambing. Aku bercakap bukan maksud aku pandai, tidak sama sekali. Aku sekadar mengingatkan diri sendiri bahwa tanggungjawab yang Allah s.w.t beban kan kepada ibu bapa adalah besar, sebesar jua pahalanya. Oleh itu, kalu kita tak nak buat kerana anak-anak, kita buat kerana Allah s.w.t. Tak takut ke kita pada Allah s.w.t. Tentu takut kan. Kalu tak, mesti ade something wrong nie.

Seperti jua harapan ibu bapa yang lain, semoga hisyam dapat menjawab dengan baik semasa peperiksaan. Walau ape pun hasilnya nanti, kami tahu hisyam dah usaha. Dan sesungguhnya, Allah s.w.t akan sentiasa membantu orang yang berusaha dan sabar. Kami sekeluarga dengan iringan doa, semoga hisyam beroleh kejayaan!

GOOD LUCK HISYAM!!!

7 responses to “:: D’ Days UPSR2009

  1. ahaha.. every weekend me limpas Sekolah Kebangsaan Pasir Gudang 1 ittewww.. good luck to hisyam (mesti panjang nama penuh dia kannns)

  2. good luck to hisyam tooo…

    aku plak rasa mcm baru semlm lepas amek upsr.. hehehe…
    bro.. pucuk dicita ulam mendatang.. kalo mount d80 x cukup beso, kawan sewa johor port tu bro.. hehe..
    aku mmg mencari2 kawan2 yg sudi utk kasik test tamron tu.. nnti, bley la ko demo sket sbb ari tu ade gak test, tp apperture dia mcm x fix jer.. ke, sbb aku salah setttingg.. thanks in advance broo…🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s