:: Sedekah …

Ziarah kubur

Raya tahun nih aku tak rasa sangat nak beraya. Tak tahu kenapa. Tapi memang agak kurang berjalan di minggu pertama hari raya. Sekadar ke rumah saudara terdekat. Kalau tak rajin jugak berjalan ke rumah kenalan. Malas betul rasanya. Mcm tak dde power utk beraya…tak umpphhh!

Di raya kedua, berkesempatan menziarahi kubur di dua tempat. Menyiram air dan membacakan surah yaasin serta doa buat yg telah pergi. Berdetik di hati, bila pula kita akan menyusul ke ‘Pejabat Tanah’ atau bak kata orang, pulang ke pangkal jalan. Seram jugak rasanya. Umur dah bertambah setiap tahun, amalan macam tu aje. Ade tambah sikitsikit aje. Cukup ke? Dah ready ke? Dah khatam ke?

Sebut pasal mati nih, orang kata kubur masing-masing. Maksudnya setiap tindakan dia buat, dia yg tanggung. Bukan ape, dlm Islam, kalaupun kau buat dan kau tanggung, aku yg nampak dan aku yg buat tak tahu, maka aku-aku jugak masuk dlm geng kau. Cuma beza dari peratusan berat kesalahan tersebut. Memang pelik, tapi begitulah. Dlm masyarakat kita, kita nampak manusia bersusah payah utk menjadi senang. Tapi bukan senang nak jadi senang, maka mereka mengunakan pendekatan berbagai-bagai nak senang. Tak kira halal atau haram, janji niat mereka termakbul. Jadi salah ke?

Memang salah kalau benda dibuat cara salah. Tak kira mana punya buku law, kalau cara haram tetap haram. Kekadang tak faham, ade yang bersembahyang, tapi masih terlibat ngan judi nombor, makan rasuah, tengok citer blue, atau perkara-perkara yg lain yg memang di tegah dalam islam. Ade yang mengunakan jawatan utk mendapat kekayaan. Ade yg bina mahligai berjuta, ade yg makan duit anak yatim / haji, ade yg bertanah berjuta-juta dan ade yang sanggup jadi jurucakap syarikat yg terang-terang salah dlm islam akan hasilnya. Tapi dia orang selambe aje. Nape…sebab mungkin hasilnya berbaloi utk dlm dunia nih. Sebab aku nak kaya, aku kaya dan bukan aku ashik makan roti kaya..keh,keh,keh!

Jadi ingatlah, kita akan kembali ke ‘Pejabat Tanah’. Lim goh tong pun yg kaya, tak dapat menipu mati, ini kan kita yg ade sejuta dua nih. namun aku berterima kasih dan bersyukur kerana hidup tidak di limpahi kekayaan, kerana aku takut nafsu menguasai diri, takut aku lupa diri dan aku takut aku menjadi kayu yg membakar api neraka. Aduh panasnya…jauhkan…oh tidak, aku tak sanggup makan harta buka milik ku, aku tak sanggup menbuat dusta, aku tak sanggup beraja di hati, bersultan di mata. Biar aku jadi manusia yg sederhana. Agar bisa beribadat kepadanya tanpa halangan. Ya Allah…ampun kan daku! Amin!

Nota gambar : Anak buah sedang membaca yaasin utk kubur moyang nye!

{: Semakin hampir …

Selamat Hari Raya

Tinggal beberapa hari lagi umat Islam akan meninggalkan bulan Ramadhan dan bertemu bulan Syawal. Seperti biasa, ade saja pandangan mengenai hal ini. Bagi sesetengah berpendapat, betapa ruginya bila Ramadhan berada di penghujungnya, sementara ade yg berpendapat, bersyukur kerana berjaya mengharungi Ramadhan hingga penghujungnya.

Ape pun yang mereka fikirkan, kita tak boleh menafikan bahwa, bulan syawal akan tetap muncul dan ramadhan akan pergi meninggalkan kita. Semoga apa yang telah kita lakukan di sepanjang bulan ramadhan mendapat kerahmatan, kemuliaan dan keberkatan setiap kebaikan dan amalan yang kita zahirkan utk yang Esa. Semoga ramadhan yang akan datang, kita diberi kesihatan, keazaman, keimanan dan kesempatan untuk terus ‘menikmati’ saat tersebut meskipun belum tentu ianya akan hadir.

Rasanya, semenjak 15 hari berpuasa, station radio sudah mula menghimpun kembali lagu-lagu Hari Raya untuk di jadikan halwa telinga pendengar. Lagu yg kebiasaan menjadi pilihan ramai setahun 1 atau 2 kali. Artis-artis dah mula sibuk sejak sebelum puasa menyediakan rancangan hari raya. Yg menjual kuih dan mercun pun turut menyediakan ‘bekalan’ yg di perlukan. Meriah bulan ramadhan nih, setiap manusia ade saja yg perlu di lakukan.

Datang lah kembali dalam hidup kami. Jangan kau tutupkan peluang itu Yaa Allah! Kami masih memerlukan masa untuk bersiap menemui Mu. Jangan Kau kaburi hati kami, jangan Kau biarkan kemewahan dunia menghimpit perasaan ini. Jauhilah perasaan itu Yaa Allah!

Ramadhan Al-Mubarak…